Loading...
Tajuk : Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan radioiodine RAI.
link : Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan radioiodine RAI.
Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan radioiodine RAI.
Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan
radioiodine RAI. | Assalamualaikum wbt. Alhamdullilah, hari ni dah seminggu cikla stop thyroxine untuk menjalani rawatan radioiodine, RAI kali ketiga. Tapi, kali ni seperti RAI kedua, InshaAllah cikla akan mengambil dos rendah nanti.
Keadaan diri cikla di kala ni, alhamdulillah macam biasa je. Bukan macam masa stop thyroxine kali pertama hampir setahun lepas, memang down. Demam urat. Rasa letih yang agak melampau, mengantuk tak usah cakap lah. Pantang dapat bantal, memang tidurlah jawabnya. Huhu...
Tapi, kali ni semuanya dalam keadaan terkawal dan baik-baik aje. Mungkin fisiologi badan dan serasi bila stop thyroxine kan. Dah biasa kata orang. So, takdelah teruk sangat rasanya. Cuma rasa mengantuk tu memang tak boleh nak elak... Biasalah orang hypo kan...
Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan radioiodine RAI.
![]() |
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Bagi yang tak tahu, cikla sedang dalam rawatan untuk papillary thyroid cancer yang cikla hidapi. Alhamdullilah, cikla berjaya harungi untuk RAI pertama (dos tinggi 100 mci) dan RAI kedua (dos rendah 10 mci).
So, sesiapa yang nak menjalani rawatan ini terutama untuk pesakit kanser tiroid perlu melakukan beberapa hal sebelum mengambil iodin ni. So, langkah pertama adalah kena stop thyroxine selama sebulan sebelum rawatan. Untuk pengetahuan korang, thyroxine adalah ubat yang mesti diambil oleh mereka yang telah menjalani pembedahan total thyroidectomy (buang kedua-dua kelenjar tiroid).
Thyroxine hanyalah pengganti kepada kelenjar tiroid yang dibuang untuk produce hormon tiroid yang penting dalam aktiviti badan kita. Takde hormon tiroid memang 'tak jadi' kerja dibuatnya. So, thyroxine memang tak akan bad effect pada badan. Dos diberi adalah tak sama bagi seseorang itu, sebab ia berpandukan kepada result darah masing-masing.
Ada lagi lebih kurang seminggu lagi untuk cikla mulakan low iodin diet pulak. Kalau part ni memang agak menduga sikit sebab kena pantang makan terutama makanan yang beriodin dan ada lagi makanan yang perlu dielakkan.
Senarai makanan yang perlu dielakkan semasa pantang low iodin diet bagi pesakit kanser tiroid.
- SEBARANG MAKANAN YANG MENGANDUNGI GARAM LAUT YANG MEMPUNYAI IODINE (garam yang tidak mengandungi iodine boleh digunakan).
- PRODUK TENUSU (susu, keju, krim, yogurt, mentega, marjerin, ais krim, coklat dan sebagainya).
- KUNING TELUR (putih telur dibenarkan).
- MEE KUNING (bihun dan kue teow dibenarkan).
- MAKANAN LAUT (ikan, kerang, rumpai laut, udang, ketam).
- MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET BERASASKAN MAKANAN LAUT (jelly, agar-agar, karagenan, algin).
- MAKANAN YANG DIAWET DENGAN GARAM LAUT TAIRU (susu masam) dan MAKANAN RINGAN.
- MAKANAN SEGERA.
- PRODUK ROTI KOMMERSIAL yang mengandungi doh iodate (donut, semua jenis roti dan kek).
- MOLASSES (gula merah,madu,gula perang atau gula Melaka).
- PRODUK SOYA (kicap soya, susu soya, taufu).
- KEKACANG (kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan sebagainya).
- KOPI.
- SAYUR-SAYUR HIJAU.
- KULIT KENTANG (kentang yang telah dikupas kulit dibenarkan).
- KOBIS, SAYUR SADERI, BUNGA KOBIS.
- UBAT MULTIVITAMIN (dibenarkan mengambil vitamin D dan pil kalsium sahaja)
- UBAT BATUK.
- UBAT HERBA TRADISIONAL ATAU UBAT-UBATAN HERBA. (Jika ada).
Sumber: Risalah Hospital dari group Facebook Tiroid dan Anda (ORI).
Thus Article Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan radioiodine RAI.
Itulah artikel Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan radioiodine RAI. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan radioiodine RAI. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/stop-thyroxine-kali-ke3-untuk-jalani.html
0 Response to "Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan radioiodine RAI."
Catat Ulasan