Loading...

RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah

Loading...
RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah
link : RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah

Baca juga


RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah

Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata, beliau melepaskan semua jawatan dalam Amanah sebelum 2 Julai lalu kerana speaker Dewan Rakyat perlu bebas daripada sebarang politik kepartian.
“Saya letak jawatan dalam 26 Jun atau 28 Jun,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir mengesahkan Ariff menyerahkan surat peletakan semua jawatan dalam parti itu, termasuk pengerusi Lembaga Disiplin dan Tatatertib serta ahli Majlis Penasihat Pakar Amanah pada 1 Julai lalu.
“Beliau melepaskan semua jawatan yang beliau pegang dalam parti. Kini, beliau hanya ahli biasa,” kata Anuar.
Manifesto PH jelas menyatakan speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan dilantik daripada kalangan ahli dewan yang mempunyai integriti serta kredibiliti, selain perlu berhenti daripada politik kepartian sebaik sahaja menerima jawatan itu.
Ariff yang merupakan bekas hakim Mahkamah Rayuan dan ahli Amanah mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Rakyat hari ini, namun ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta PAS bertindak keluar dewan sebagai tanda protes terhadap pelantikan itu yang didakwa tidak mematuhi peraturan Dewan Rakyat.
Mengikut Peraturan Mesyuarat 4 (1), kerajaan perlu menyerahkan nama speaker kepada setiausaha Dewan Rakyat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang.
Tetapi, ahli Parlimen BN dan PAS mendakwa beberapa pemimpin serta menteri PH dilaporkan pada 2 Julai lalu berkata, kerajaan belum memutuskan siapa calon speaker Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dilaporkan berkata, nama speaker sudah diserahkan 2 Julai lalu, manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya membincangkan perkara itu pada 8 Julai lalu.
Hari ini, Dr Mahathir mempertahankan pelantikan Ariff dengan berkata, PH menyerahkan nama calon speaker pada 2 Julai lalu.
Sementara itu, Ariff turut mempertahankan pelantikannya sah dan tidak melanggar peraturan Dewan Rakyat kerana surat usul pencalonannya dihantar kepada setiausaha Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu.
“Itu boleh disahkan oleh setiausaha Dewan Rakyat.”
Beliau berkata, demokrasi Parlimen hanya boleh dicapai dengan adanya kerjasama daripada semua ahli Parlimen, termasuk pembangkang.
“Jadi, kita lihat macam mana boleh baiki (demokrasi Parlimen) secara bersama. Ini bukan kerja ahli Parlimen kerajaan, menteri, tetapi saya fikir semua orang.”


Thus Article RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah

Itulah artikel RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/rupanya-speaker-adalah-pengerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RUPAnya SPEAKER adalah pengerusi Lembaga Disiplin dan ahli Majlis Penasihat Parti Amanah"

Catat Ulasan

Loading...