Loading...
Tajuk : PRA-MUSIM: BLACKBURN LAWAN LIVERPOOL
link : PRA-MUSIM: BLACKBURN LAWAN LIVERPOOL
PRA-MUSIM: BLACKBURN LAWAN LIVERPOOL
Angin ribut bertiup kencang dari Rome. Liverpool telah buat bidaan rasmi untuk goli Brasil/Roma, Allison Backer. Nampak tak betapa Klopp bukan tido pasal masalah Goli kita musim ni. Kita yang bergaduh dalam wasssap dan twitter ingat Klopp tak baca kot, padahal dia pun tahu antara Karius, Migno dan Ward, dia masih ragu-ragu nak pilih antara mereka bertiga jadi penjaga gawang utama musim ni. Kalaulah tak dapat Allison abam rasa masih banyak pilihan lain, kecuali dia nak buat macam kes Van Dijk, pembelian tertangguh.
Sementara itu mungkin Ward dan Karius bakal bersaing untuk perlawanan pra-musim di England sebelum berlepas ke Jelajah Amerika Syarikat, bersama Grabara dan Kelheller, 2 pemain dari skuad simpanan. Setakat sekarang bukan nak kata krisis atau tak sebab musim belum bermula. Tetapi langkah tepat ialah buat penambahbaikan dari posisi itu. Sebab Klopp dah beli pemain terbaik macam Keita dan Fabinho, takkan dia nak abaikan posisi lubuk tu kot.
Persiapan untuk bertandang ke Ewood Park, tanpa beberapa pemain yang dikhabarkan akan dibawa keluar. Entah betul ke tak masih spekulasi. Tapi Wilson nampak macam serius nak dipinjam keluar ke Derby, kecuali ada kelab lain boleh beri jaminan masa permainan. Wijnaldum katanya masih cedera, tetapi dia ada bunyi nak belah sebab Keita dan Fabinho bakal buatkan dia tak boleh nak cari makan lagi lepas ni. Haritu masa tahu Emre dah berambus, dia kemain syok kot. Tapi itulah bila 2 sekali masuk, dengan Hendo plak main sempoi masa Piala Dunia, bagi Gandum dia bakal jadi pemanas bangku simpanan lagi macam dulu-dulu.
Maknanya dari lawan Chester Liga ke-6 meningkat kepada Liga Bahagian 3 untuk Bury dan Tranmere dan naik lagi kepada pasukan Liga Kejuaraan , Blackburn Rovers. Cuma pemain Blackurn walaupun kat Liga Kejuaraan,, mereka tak punyai pemain berpengalaman atau bekas pemain Liga Perdana. Hanya beberapa pemain antarabangsa Scotland dan Ireland serta Kanada. Apa yang bakal kita hadap mungkin macam lawan Bury, perlawanan fizikal dan bertahan dari lawan. Jadi kat sini pemain kena ubah corak untuk lebih percepatkan serangan dari dok pegang bola lama-lama.
Thus Article PRA-MUSIM: BLACKBURN LAWAN LIVERPOOL
Itulah artikel PRA-MUSIM: BLACKBURN LAWAN LIVERPOOL Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PRA-MUSIM: BLACKBURN LAWAN LIVERPOOL dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/pra-musim-blackburn-lawan-liverpool.html
0 Response to "PRA-MUSIM: BLACKBURN LAWAN LIVERPOOL"
Catat Ulasan