Loading...

Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH

Loading...
Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH
link : Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH

Baca juga


Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH

Barjoyai Bardai berkata kerajaan dijangka akan kehilangan lebih RM20 bilion pendapatan setahun dengan pelaksanaan SST. (Gambar Facebook)
Penguatkuasaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan menyebabkan harga barangan akan naik dan tidak mengubah harga perkhidmatan kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga mengenakan jumlah yang sama, kata penganalisis ekonomi.
Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (Utar) Prof Barjoyai Bardai berkata cukai jualan pada kadar 10% menyebabkan harga barang di kedai runcit atau pasar raya akan naik sebanyak 10%.
Bila dia (kerajaan) perkenalkan SST, dia akan cukai pada kadar 10% ke atas pengilang. Kalau pengilang mengutip cukai ini daripada pemborong, pemborong menjual kepada peruncit, akan termasuk cukai jualan ini. Jadi kita akan lihat harga barang di kedai runcit atau di supermarket akan naik sebanyak 10%,” katanya kepada FMT.
Dari segi penguatkuasaan 6% cukai perkhidmatan pula, beliau berkata ia tidak akan mengubah harga barang kerana harga perkhidmatan semasa GST juga tetap sama iaitu pada kadar 6%.
Beliau juga bimbang cukai 6% ini juga menyebabkan syarikat yang menawarkan perkhidmatan akan memperoleh keuntungan lebih daripada langkah berkenaan.
Malah, katanya, selepas kerajaan mengumumkan GST dikenakan pada kadar 0%, harga barangan dan perkhidmatan tidak mengalami penurunan.
Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kadar SST akan dikuatkuasakan pada kadar 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan, apabila rang undang-undang berkenaan cukai itu dijangka diluluskan di Parlimen bulan depan.
Kata Lim, pengenalan semula SST, ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan, ia dijangka memberi hasil tambahan sebanyak RM14.4 bilion pada tahun ini.
Mengulas lanjut, Barjoyai berkata kerajaan juga dijangka akan kehilangan lebih RM20 bilion pendapatan setahun daripada hasil cukai tidak langsung dengan pelaksanaan SST.
Katanya, GST sebelum ini mengutip lebih RM42 bilion setahun.
“Dan ini perlu diganti dengan sumber lain dan kebetulan sumber yang dikenalpasti adalah kenaikan harga minyak mentah yang dapat menampung sebahagian daripada penurunan hasil cukai ini.” - FMT


Thus Article Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH

Itulah artikel Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/penganalisisprof-barjoyai-sst-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH"

Catat Ulasan

Loading...