Loading...

Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan

Loading...
Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan
link : Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan

Baca juga


Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.
Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur.
Mengikut sumber mahkamah, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, yang terletak di Aras 4, Sayap kanan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Difahamkan, kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dalam kenyataannya mengesahkan Najib yang ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini sekitar jam 2.35 petang tadi berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd akan didakwa esok pada jam 8.30 pagi.
Bekas perdana menteri itu sebelum ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.
SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Pada 22 Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, penyiasatan SPRM pada 2015 terhadap Najib membabitkan isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri. - BERNAMA


Thus Article Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan

Itulah artikel Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/najib-dijangka-hadapi-lebih-10.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan"

Catat Ulasan

Loading...