Loading...
Tajuk : Mahathir ejek pembangkang buat bising dalam dewan
link : Mahathir ejek pembangkang buat bising dalam dewan
Mahathir ejek pembangkang buat bising dalam dewan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat geli hati apabila anggota parlimen BN dan PAS melangkah keluar dewan untuk membantah pelantikan speaker.
Dr Mahathir yang kembali ke parlimen pagi ini selepas lebih sedekad berundur sebagai perdana menteri, tersenyum apabila anggota parlimen pembangkang menjerit dan membuat bising.
Pada satu ketika, Dr Mahathir malah membuat ekspresi muka mengejek dan seperti menggalakkan anggota parlimen pembangkang terus membuat bising.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang duduk di sebelahnya turut kelihatan tersenyum melihat gelagat anggota parlimen pembangkang.
Pembangkang yang keluar dewan mendakwa pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof tidak mengikut peraturan Dewan Rakyat.
Peruntukan 4(1) memerlukan nama calon speaker diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang kali pertama.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Mahathit menegaskan nama Ariff diserahkan kepada Dewan Rakyat pada 2 Julai, iaitu menepati peraturan 14 hari berkenaan.
Sumber : Friscomedia
Thus Article Mahathir ejek pembangkang buat bising dalam dewan
Itulah artikel Mahathir ejek pembangkang buat bising dalam dewan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Mahathir ejek pembangkang buat bising dalam dewan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/mahathir-ejek-pembangkang-buat-bising.html
0 Response to "Mahathir ejek pembangkang buat bising dalam dewan"
Catat Ulasan