Loading...

Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku.

Loading...
Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku.
link : Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku.

Baca juga


Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku.

Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku. | Assalamualaikum wbt. Drama di slot Akasia berganti lagi. Kali ni cerita adaptasi novel jugak. Adaptasi novel, Jangan Benci Cintaku hasil nukilan Emy Roberto. Disebabkan tak sabar nak tau apa kisah selanjut, cikla dah habis pun baca novel ni secara online. Jalan cerita antara drama dan novel memang takde bezanya. So, bila dah baca tu, dapat lah gambaran sikit-sikit apa yang akan berlaku seterusnya.

Minggu pertama drama ni disiarkan cikla tak follow sangat. Biasalah, memula cikla tengok jalan cerita lebih kurang sama dengan drama-drama sebelum ni. Kisah cinta tiga segi, berebut harta orang, mak mertua tak suka, kisah cinta gadis miskin dengan hero kaya, gaduh bagai nak rak, last happy ending. Begitulah drama sekarang Cintakubagi pendapat cikla.

Tapi, drama Jangan Benci  ni, bagi cikla lain macam sikit. Ada something somewhere yang membuatkan cikla nak tengok lagi, nak tengok lagi dan seterusnya dan tengok sampai habis. 

Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku.
Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku. Pelakon Zahirah Mcwilson sebagai Rafeeqa Huda. Sumber Google. 

Kisah si suami yang pada awalnya setia dan sabar melayan kerenah isteri akhirnya terjebak dengan cinta baru setelah si isteri dikatakan tak menjalankan tanggungjawab seperti yang sepatutnya.

Uhhh.. Itu alasan ke apa? Kalau betul, hati dah sayang tak timbul soal tu kan. Kalau dalam drama ni, si isteri pergi sambung belajar. Bukan ke mana pun.

Lagipun, siapa suruh kahwin dengan budak lepas SPM. Haha...

Sinopsis drama Jangan Benci Cintaku. 

Jom kita baca sedikit sinopsis ringkas mengenai drama 28 episod arahan Pali Yahya ni.


Sumber SINI

Senarai pelakon utama :
Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat. 
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda. 
Niena Baharun sebagai Husna. 
Luqman Hafidz sebagai Faris. 
Amelia Henderson sebagai Damia. 
Daler Yusuf sebagai Irwan.

Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku.
Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku. Pelakon Saharul Ridzwan. Sumber Google. 


Sinopsis :
Atas kehendak keluarga, perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal berlangsung walaupun pada masa itu usia Rafeeqa masih muda. Dalam usia sebegini, sudah tentulah dia tak bersedia dengan komitmen malah  menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan.

Dalam pada itu, Rafeeqa juga tak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa memikirkan perasaan suami yang mencintainya.

Awal-awal tahun Rafeeqa di sana, si suami setia mengunjunginya tapi anehnya tahun terakhir dia di sana, si suami hilang tanpa kata. Berdiam diri tanpa menghubungi Rafeeqa seperti selalu yang dilakukannya.

Lima tahun kemudian, selepas habis pengajian di Sunderland, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya. Sekembalinya dia dari sana, dia bertekad dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya.

Namun, ia ternyata sudah terlambat sebab Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna yang dikenalinya sepanjang setahun dia tidak berhubungan dengan isterinya. Hancur luluh hati seorang isteri bila mengetahui hal ini, namun Rafeeqa tetap berlagak muat di depan suaminya malah dia berjanji pada dirinya, yang dia akan merebut cinta suaminya kembali.

Namun ia bukanlah semudah yang di sangka kerana Nek Pah (nenda Shahrizal) yang tak pernah menyukai Rafeeqa menjadi penghalang untuk dia memenangi hati suaminya semula. Lagipun, Nek Pah jugak berharap Husna akan menjadi isteri Shahrizal yang sah. Rintangan bukan setakat Nek Pah je, ditambah pulak dengan kehadiran Irwan, sepupu Rafeeqa yang sentiasa berusaha merebut cintanya.

Situasi ni nampak sukar sangat kan? Dapatkah Rafeeqa memenangi hati Shahrizal kembali? Adoii, macam tak sabar nak tunggu next next next episod dan ending terus.

So, yang lupa tonton drama Jangan Benci Cintaku setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Kalau korang nak baca novel dia klik je di link di bawah : 






Thus Article Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku.

Itulah artikel Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/konflik-cinta-tiga-segi-dalam-drama.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Konflik cinta tiga segi dalam drama slot Akasia TV3, Jangan Benci Cintaku."

Catat Ulasan

Loading...