Loading...

[HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia

Loading...
[HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia
link : [HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia

Baca juga


[HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia


Tun Dr Mahathir Mohamad mencecah usia 93 tahun hari esok, namun tetap punya stamina untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri, hingga mengagumkan ramai orang, baik rakyat Malaysia mahupun asing.

Sesungguhnya, Dr Mahathir kembali bergerak cergas sebaik saja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh pada Mei, memikul tanggungjawab berat mengemudi  negara dengan penuh tenaga yang terdapat pada dirinya sepanjang usia lebih sembilan dekad.

Ramai ingin tahu apa yang membuat beliau bergerak begitu cergas hingga foto beliau sedang makan dengan disertai produk multivitamin tertentu di meja begitu menarik perhatian sampai terdapat laporan bahawa jenama tersebut kehabisan stok di farmasi.

Dr Mahathir sedia perkongsi tentang apa saja yang membuat beliau terus cergas, dengan menegaskan pentingnya mengamalkan gaya hidup aktif sekalipun selepas masuk usia persaraan.

Memang, saya lebih suka berehat, tapi saya ingin menasihat orang ramai agar tidak berehat bila mereka lanjut usia,” kata beliau ketika ditanya semasa lawatannya baru-baru ini ke Tokyo tentang bagaimanpun beliau boleh terus sihat.  

Dr Mahathir, yang punya keistimewaan menjadi perdana menteri paling tua di dunia, menjelaskan bahawa otot-otot akan merosot jika tidak digunakan.

Jika anda berbaring sepanjang masa, otot (akhirnya) tidak berdaya mengangkat berat badan anda, anda tidak boleh berdiri, tidak boleh berjalan. Jadi, tidak elok bila anda tua, anda berbaring dan tidak melakukan apa-apa2,” katanya, dan menerangkan demikian juga dengan otak seseorang.

Jika anda tidak gunakan otak anda, anda tidak berfikir, anda tidak selesaikan masalah, anda tidak membaca, anda tidak menulis, otak merosot dan anda jadi nyanyuk… jadi perlu sentiasa aktif,” kata Dr Mahathir yang dilahirkan pada 10 Julai, 1925.

Pada interbiu dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, Dr Mahathir menegaskan pentingnya tidak makan berlebihan – nasihat yang diterima daripada arwah ibunya.

Ibu saya kata, bila makanan itu sedap, berhenti,” kata beliau, sambil mengakui agak sukar untuk melakukan itu pada mulanya, tetapi jadi mudah selepas beberapa ketika. - Bernama


Thus Article [HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia

Itulah artikel [HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/happy-birthday-tun-m-tun-mahathir-dedah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[HAPPY BIRTHDAY TUN M] Tun Mahathir dedah rahsia jadi PM paling tua di dunia"

Catat Ulasan

Loading...