Loading...

DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH

Loading...
DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH
link : DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH

Baca juga


DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
3 Julai 2018 | 19 Syawal 1439

DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH

1.     Kuasa politik DAP yang sentiasa mahu pihak lain tunduk serta mengikut telunjuk parti itu semakin ketara pasca PRU14. Sikap berkeras DAP menuntut jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak hingga memaksa Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail menarik diri mengesahkan cengkaman itu.

2.     Biarpun bernama Parti Tindakan Demokratik, sebaliknya wajah sebenar DAP adalah sering bertindak secara tidak demokratik. Jika selama ini mereka membayangi di belakang pihak-pihak tertentu yang diperalat atau dibonekakan, namun dengan kedudukan politik dimiliki, DAP menjadi semakin angkuh.

3.     DAP telah menggenggam erat PAN, kemudian mengikat PPBM dengan menundukkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah saling berseteru, sekarang cuba memaksa PKR. Tidak cukup dengan 'menguasai' lima kerusi Exco Kerajaan Perak, mereka juga menghambur ketidakpuasan hati terhadap jumlah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

4.     Kerakusan DAP itu semakin ketara bila tetap membolot jawatan Yang Dipertua Dun Perak dan ianya layak dibaca sebagai usaha penguasaan DAP ke atas PH itu sendiri. Rakyat harus memerhati dan menilai perkembangan-perkembangan ini secara kritikal serta mengenali DAP dengan sebenar-sebenarnya.

5.     PKR dan PPBM serta seluruh ahli politik khususnya diingat agar mempunyai pendirian jelas dan tegas serta pertimbangan utuh terhadap kepentingan rakyat dan negara. Jangan kerana kepentingan politik, robekan dan gugatan yang dilakukan secara halus mahupun terang-terangan ini dibiarkan secara lewa.

"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
"Sedia Memerintah"

YB MOHD AKMAL HJ KAMARUDDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak


Thus Article DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH

Itulah artikel DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/dap-melangkah-menguasai-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH"

Catat Ulasan

Loading...