Loading...
Tajuk : Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!
link : Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123! | Assalamualaikum wbt. Kadang-kadang, masakan yang kita nampak simple itulah yang paling sedap. Betul tak? Baham yang digunakan pun tak banyak, dah jadi satu menu yang sedap.
Yang paling best, menu ni semua orang boleh makan lebih-lebih lagi mereka yang sedang menjalani pantang low diet iodine. Asalkan bahan-bahan yang dimasukkan tak melanggar apa yang ditegah.
Kali ni, cikla nak share satu lagi menu ayam yang senang dan sedap. Korang boleh guna daging jugak, tapi paling senang rebus dulu dagingnya, lepas tu baru goreng. Kalau tak nak goreng pun ok je.
Jom kita tengok bahannya dulu.
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!
![]() |
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123! |
Bahan perapan :
1 ekor ayam sederhana besar.
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (jenis yang kasar tu).
Sedikit garam.
Bahan kisar :
1 biji bawang besar.
4 ulas bawang putih.
1 inci halia.
2 sudu besar lada hitam atau serbuk lada hitam
Sedikit air.
Hiasan :
Bawang Holland (potong bulat).
Tomato ceri (biar je sebiji-sebiji) atau tomato biasa (potong bulat).
Kalau nak letak kentang pun boleh. Tapi, pastikan buang kulitnya dulu. Nak lagi senang, rebus dulu sampai empuk, nanti last masukkan.
Cara memasaknya :
Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan bahan perapan (garam, serbuk kunyit dan lada hitam). Perap sekejap agak-agak dalam 10 minit gitu, sambil-sambil menunggu minyak panas.
Bila minyak dah panas, goreng ayam tadi tapi jangan garing sangat. Nak cepat masak, tutup kuali tapi api sederhana besar. Korang kena selalu balik-balikkan ayam untuk elakkan ayam hangus.
![]() |
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123! |
Bila ayam dah nampak masak, angkat ayam dan toskan minyak betul-betul. Goreng semua ayam yang diperap sampai habis.
Luakkan minyak goreng ayam tu, dan masukkan bahan kisar dan sedikit air. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
Selepas itu, masukkan bawang Holland dan tomato yang dipotong bulat dan gaul rata. Tabur garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa. Biarkan sekejap.
Last, masukkan ayam dan kentang (kalau suka). Gaul rata dan biarkan sampai kuah jadi sedikit kering. Tapi, kalau suka yang berkuah pun ok jugak.
![]() |
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123! |
Siap! Sedap dimakan bersama nasi dan roti kosong.
Selamat mencuba!
Thus Article Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!
Itulah artikel Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/bukan-susah-nak-buat-ayam-masak-lada.html
0 Response to "Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!"
Catat Ulasan