Loading...
Tajuk : Bedak asas sempurnakan solekan?
link : Bedak asas sempurnakan solekan?
Bedak asas sempurnakan solekan?
Bedak asas sempurnakan solekan? | Assalamualaikum wbt. Pemakaian bedak asas. Adakah ia sangat penting? Ye, sebenarnya ia merupakan langkah terpenting untuk mendapatkan solekan yang sempurna. Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 jenis bedak asas yang biasa iaitu dalam bentuk cecair, krim dan bedak padat. So, adalah sangat penting untuk kita tau yang satu jenis bedak asas yang tepat untuk wajah kita.
Tapi, adakah semua orang tahu macam mana nak memilih warna bedak asas yang tepat untuk kulit?
Rasanya masih ada yang tak tahu, termasuklah cikla. Haha!
Bedak asas sempurnakan solekan?
![]() |
Image diubahsuai dari carian Google. |
Sebenarnya, bedak asas jenis cecair adalah yang paling biasa digunakan sebab ia lebih bersifat lembut, senang digunakan dan apa yang paling penting ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit jenis kering. Hanya dengan sapuan yang nipis, ia sudah mampu menjadikan kulit kita lebih fresh dan menawan.
Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis 'bermasalah', sebaiknya pilih bedak asas jenis krim sebab ia tak melekit dan mengeluarkan minyak dan mudah dipakai walaupun ia berstruktur sedikit pekat.
Apa yang penting, elak dari memakai bedak asas secara berlebihan sebab ia mudah diserap terus oleh kulit. So, korang ke careful semasa menyapunya supaya warna kulit korang lebih sekala dan tak kelihatan seperti bercapuk.
Korang yang mempunyai kulit normal dan sedikit berminyak pulak, better pilih bedak padat. Kalau korang nak tau, bedak jenis ini tak perlu dicampur dengan bedak lain sebab ia adalah gabungan bedak asas dan bedak.
Macam mana pulak nak pilih bedak asas?
Satu lagi hal yang korang kena tau, korang digalakkan memilih bedak asas yang paling hampir dengan rona kulit untuk mengelakkan kulit wajah dari bercapuk atau nampak lebih putih dan gelap dari rona sebenar.
So, semasa memilih bedak asas, better korang cuba dulu untuk melihat kesesuaiannya pada kulit. Jangan beli bedak asas secara online sebab warna yang ditunjukkan adalah tak sama dengan warna sebenar melainkan kalau korang tau kod warna. Itu ok!
Langkah terbaik beli di kedai, so that korang boleh cuba sendiri dan lihat warnanya. Sapu di bahagian kulit wajah dan bukannya di belakang tapak tangan sebab rona kulit antara keduanya tak sama!
Macam mana kalau korang tak tahu juga nak pilih macam mana?
- Pilih rona yang sakan sama dengan warna kulit atau sedikit cerah.
- Bagi yang memang tak tahu langsung, korang pilih bedak asas yang sedikit kekuningan sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit.
- Untuk kulit cerah, pilihlah bedak asas sedikit pink.
- Untuk kulit gelap, pilihlah bedak asas rona coklat atau copper.
- Untuk berkulit perang, sesuai memakai bedak asas berona coklat keperangan.
Apakah pula teknik atau cara sapukan bedak asas yang betul?
Tak kira korang menggunakan berus atau span, waima jari sekalipun semasa mengoles bedak asas ke wajah, apa yang penting pastikan wajah bebas dan bersih daripada peluh dan minyak.
Jika ini wujud, ia akan menyebabkan solekan tak tahan lama dan kulit pula nampak tak sekata. Apa yang paling bagus, sebelum mengoles bedak asas, lakukan urutan wajah dengan menggunakan ais sebab ais akan membantu membuatkan kita rasa fresh sekaligus menutup liang roma pada kulit muka.
Untuk area sekitar mata, buat sapuan dari luar atau ekor mata ke dalam dengan cara bulatan untuk memberi kesan sekata.
Kalau korang nak tau, sapuan yang betul adalah dengan cara ke atas atau menarik ke arah luar mata kiri ke kanan. Elak dari menarik ke bawah untuk mengekalkan awet muda.
Langkah demi langkah :
- Guna span atau hujung jari.
- Kalau nakkan sapuan yang nipis tapi menggunakan bedak asas yang tebal, korang boleh basahkan span dengan pelembap atau sedikit air.
- Sebelum memakai bedak asas, oleskan dulu penyamar noda terutama di kawasan yang ada parut, kesan jerawat atau blackhead.
- Sapuan bedak asas berona lebih cerah di bahagian mata dapat melindungi mata yang sembap.
Kredit Feiruz Sohor, MUA Professional dan penata rias, Ruangan Hati, Harian Metro.
Thus Article Bedak asas sempurnakan solekan?
Itulah artikel Bedak asas sempurnakan solekan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bedak asas sempurnakan solekan? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/bedak-asas-sempurnakan-solekan.html
0 Response to "Bedak asas sempurnakan solekan?"
Catat Ulasan