Loading...

Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis

Loading...
Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis
link : Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis

Baca juga


Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis


Adun Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim memutuskan untuk menyertai PKR, selepas hasratnya menyertai PPBM tidak kesampaian setelah meninggalkan Umno dan Barisan Nasional.

Ismail yang juga adik Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan menyertai PKR itu dibuat selepas tertarik dengan cara parti berkenaan diurus tadbir.

“Saya lihat PPBM Perlis terdapat unsur yang ada dalam parti lama saya, jadi sebab itu saya tidak berminat. Jika saya mahu seperti itu lebih baik sertai Umno, bahkan saya ada jawatan.

“Saya bukan rasmi lagi menjadi ahli PKR, baru sahaja mengisi borang selepas diajak setiausaha Pakatan Harapan Kedah yang minta saya masuk PKR,” katanya kepada FMT.

Difahamkan, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR Kedah di Pokok Sena, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada pucuk pimpinan PKR negeri itu dan pusat.
Ismail berkata, tujuannya memohon menjadi ahli PKR di Kedah adalah kerana tidak melihat banyak saingan dan ancaman kepada mana-mana pihak dalam parti berkenaan di negeri itu.

“Saya masuk di Kedah kerana tidak ada saingan pada sesiapa, tidak ada yang merasakan kemasukan saya ini suatu ancaman atau boleh menyekat peluang mereka meningkat,” katanya.

Antara sebab lain yang menyebabkan Ismail tertarik kepada PKR ialah gabungan kepimpinan lama dan baru dalam parti itu mengamalkan konsep musyawarah.

“Pertamanya gabungan antara orang berpengalaman, orang lama dan orang baru, seronok saya lihat mereka bekerja. Kedua, gabungan pemimpin lama dan baru ini bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Selain itu katanya, beliau sendiri tidak asing kepada pucuk pimpinan PKR Kedah memandangkan pemimpin seperti Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail dan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul adalah rakan lamanya.


Thus Article Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis

Itulah artikel Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/adik-shahidan-kassim-sertai-pkr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis"

Catat Ulasan

Loading...