Loading...
Tajuk : [SETUJU] UMNO perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia
link : [SETUJU] UMNO perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia
[SETUJU] UMNO perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia
BUTTERWORTH - Calon Presiden UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah akan menganjurkan UMNO untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan menunaikan tanggungjawab dengan baik sehingga mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.
Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata, perkara itu akan dilakukan sekiranya beliau dipilih menjadi presiden UMNO.
Katanya, beliau mahu menganjurkan UMNO di semua peringkat cawangan dan bahagian untuk meminta maaf kepada rakyat supaya parti itu dapat mendekati semula rakyat sekali gus mengajak mereka kembali bersama UMNO.
"Saya nak menganjurkan kita minta maaf dengan rakyat Malaysia atas kesilapan kita kerana tidak menyempurnakan tanggungjawab sebagai amanah sehingga menyebabkan mereka (rakyat) marah. Agama kita juga menganjurkan kita untuk meminta maaf...itu budaya kita.
"Saya rasa mereka akan memaafkan kita. Itu yang mesti kita lakukan. Minta maaf kepada semua kerana kita cuai dengan amanah yang telah diberikan kepada kita," katanya berucap pada majlis Sesi Ramah Mesra Bersama Tan Sri Tengku Razaleigh, di sini hari. - Bernama
Thus Article [SETUJU] UMNO perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia
Itulah artikel [SETUJU] UMNO perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [SETUJU] UMNO perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/06/setuju-umno-perlu-minta-maaf-kepada.html
0 Response to "[SETUJU] UMNO perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia"
Catat Ulasan