Loading...

Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib

Loading...
Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib
link : Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib

Baca juga


Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib


BANGI: Dengan suara yang sayu membawa seruan, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta seluruh rakyat Malaysia untuk keluar mengundi dan menyelamatkan Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), esok.

Beliau dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya berkata, tiada apa lagi yang diharapkan pada usia tuanya itu melainkan keselamatan serta kesejahteraan Malaysia.

Kesejahteraan itu, katanya, hanya dapat dicapai dengan menjatuhkan kerajaan kleptokrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.

“Bukan jawatan yang saya cari, bukan kekayaan, bukan juga pangkat. Yang ada pada saya sudah mencukupi. Tetapi kebahagiaan negara tercinta, di mana negara kita lahir dan membesar. Ini lah sahaja yang saya hargai, negara saya, bangsa saya dan agama saya.

“Yang diperlukan dari kita cuma lah mengundi untuk mengalahkan kerajaan yang menyembah duit ini.

“Kita tidak perlu berkorban nyawa untuk selamatkan negara kita. Sebab itu lah saya kembali aktif dalam arena politik kita. Kita hanya perlu undi. Undi kepada Pakatan Harapan bersimbolkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan selamatkan kita,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan, jika Najib masih terus berkuasa, negara ini akan tergadai kerana dijual kepada kuasa asing.

“Jangan biar wilayah Malaysia dijual lagi oleh Najib dan menjadi wilayah asing. Mengundi Najib akan mendedahkan kita kepada kehilangan lebih banyak wilayah.

“Najib pernah berjanji akan meningkatkan industri pembuatan, tetapi dengan penjualan Proton kita tidak lagi mempunyainya,” katanya.

Rakyat juga, diingatkan untuk tidak leka dengan wang sogokan yang diberi oleh pihak kerajaan kerana ianya tidak akan kekal lama.

“Janganlah kerana duit yang sedikit kita sanggup gadai negara kita selama-lamanya.

“Di mata mereka, diri kita, maruah kita boleh dibeli dengan wang yang sedikit. Begitu hinanya kita di mata mereka. Janganlah biarkan bangsa kita dihina, diperkecil, diperbodohkan seperti ini.

“Saya merayu rakyat membantu Pakatan Harapan untuk memulihkan negara yang tercinta ini.

“Parti seperti Pakatan Harapan tidak mungkin boleh pulih negara sendirian, tetapi gandingan rakyat dan parti, boleh insya-Allah.

“Oleh itu keluarlah beramai ramai pada esok hari, dan undilah Pakatan Harapan supaya terselamatlah Malaysia daripada kleptokrasi supaya kembali kepada demokrasi dan pemerintahan yang mengikut undang-undang,” katanya. #sumber

KLIK VIDEO


Thus Article Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib

Itulah artikel Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/tun-mahathir-rayu-agar-pengundi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Mahathir Rayu Agar Pengundi "Selamatkan Malaysia" & Jatuhkan Kerajaan Kleptokrat Najib"

Catat Ulasan

Loading...