Loading...
Tajuk : Temui Pengundi Di Kedai Kopi Jadi Rutin 'Calon BN' DUN Pulau Tawar
link : Temui Pengundi Di Kedai Kopi Jadi Rutin 'Calon BN' DUN Pulau Tawar
Temui Pengundi Di Kedai Kopi Jadi Rutin 'Calon BN' DUN Pulau Tawar
JERANTUT: Sembang di kedai kopi menjadi kaedah pilihan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah untuk mendampingi masyarakat berbanding mengadakan kempen ceramah.
Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut itu berkata, program santai bersama masyarakat di kedai kopi menawarkan suasana lebih selesa, malah beliau dapat berjumpa semua lapisan masyarakat dengan lebih dekat.
"Saya tidak suka panggil orang datang dengar ceramah kerana ada yang akan rasa bosan, apatah lagi apabila kita bercerita perkara yang mereka tidak minat.
"Sembang di kedai kopi lebih praktikal kerana saya dapat berdepan dengan masyarakat secara lebih dekat dan mereka juga lebih mudah berkongsi sesuatu perkara dengan saya," katanya hari ini.
Menurutnya, DUN Pulau Tawar mempunyai banyak kedai makan serta gerai kecil terutama di penempatan Felda serta kawasan kampung tradisional, sekali gus memudahkan beliau beramah mesra dengan penduduk setempat.
"Sejak mula berkempen pada Sabtu lalu, saya mesti singgah di kedai kopi. Masyarakat pun menyambut saya dengan baik walaupun ada penyokong parti pembangkang di kedai itu," ujarnya.
Pada PRU-13, calon BN, Datuk Dr. Ahmad Shukri meraih 11,048 undi menewaskan calon Pas, Yohanis Ahmad yang mendapat 7,552 undi bagi memastikan BN menang dengan majoriti 3,496 undi. #sumber
Thus Article Temui Pengundi Di Kedai Kopi Jadi Rutin 'Calon BN' DUN Pulau Tawar
Itulah artikel Temui Pengundi Di Kedai Kopi Jadi Rutin 'Calon BN' DUN Pulau Tawar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Temui Pengundi Di Kedai Kopi Jadi Rutin 'Calon BN' DUN Pulau Tawar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/temui-pengundi-di-kedai-kopi-jadi-rutin.html
0 Response to "Temui Pengundi Di Kedai Kopi Jadi Rutin 'Calon BN' DUN Pulau Tawar"
Catat Ulasan