Loading...
Tajuk : Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru.
link : Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru.
Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru.
Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru. | Assalamualaikum wbt. Cikla jarang kongsi cerita pasal politik ni sebab bagi cikla cerita-cerita sebegini sangat sensitif bagi sesetengah orang. Lagipun, cikla bukanlah orang yang arif pasal ni. Takut nanti apa yang dikongsikan tu jadi punca kepada perkara yang kurang baik kan. Maklumlah, bukan semua orang mempunyai pendapat yang sama.
![]() |
Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru. Sumber Google. |
Rasanya, semua orang tau kot apa yang berlaku semalam. Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir menang bergaya dalam meraih majoriti mudah dengan 121 kerusi parlimen, menewaskan Barisan Nasional yang mendapat 79 kerusi.
Tun Dr. Mahathir pun dah mengangkat sumpah sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7!
Tengok! Begitu kuatnya kuasa demokrasi. Inilah masanya rakyat bangkit mahukan 'perubahan' yang lebih baik dari sebelumnya. Bukan kita nak menafikan segala kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ni, tapi masih adalah lagi yang rakyat mahukan dari pemerintah mereka. Jangan fikir selama ini rakyat kelihatan hanya banyak berdiam dan seakan 'merelakan' apa yang berlaku.
Diam-diam ubi, nah.. Inilah hasilnya. Cikla agak PRU yang paling mengujakan sepanjang hayat. Mana taknya, rakyat sanggup menunggu keputusan penuh sehingga jam 3 pagi!
Korang bayangkanlah, sanggup bercekang mata. *cikla pun...
Tapi, apa yang cikla nak ingatkan dalam kita bergembira meraikan kewujudan kerajaan baru ni, jagalah tutur kata ketika melontarkan komen atau kata-kata mengenai hal ini. Bukan apa, jagalah hati orang tua kita yang menyayangi BN dan UMNO sebab zaman mak ayah kita susah dulu, keduanya banyak bantu diaorang. So, watch out every single word yang korang nak lontarkan tu... *mak cikla sedih bila tau BN tewas. Huhu...
"Ya... Anak muda mahukan perubahan tapi bila orang tua menangis bila dapat tahu keadaan begini.. Kau perlu faham apa yang bakal terjadi... " (unknown)
Pendapat cikla, rakyat bukan tak sukakan sesuatu parti itu tapi pemimpin di dalamnya. Buruk baik parti dicorakkan oleh pemimpinnya. Bak kata pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
So, apa yang terbaik elakkan provokasi dan perli memerli. Apa yang penting tumpukan kepada tujuan dan arah yang sebenarnya. Kami rakyat marhaen hanya mahukan perubahan yang lebih baik dan mahu menuntut janji-janji yang dicanangkan.
![]() |
Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru. Sumber Google. |
45 insentif Pakatan Harapan.
1⃣Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di tingkatkan.
2⃣Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.
3⃣Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 - RM1000.
4⃣Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.
5⃣Lesen motosikal Percuma.
6⃣Mansuh GST.
7⃣Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.
8⃣Bantuan Pendidikan Percuma.
9⃣Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.
1⃣0⃣Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.
1⃣1⃣Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.
1⃣2⃣Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.
1⃣3⃣Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.
1⃣4⃣Menstabilkan harga barang.
1⃣5⃣Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.
1⃣6⃣Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.
1⃣7⃣Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.
1⃣8⃣Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.
1⃣9⃣Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.
2⃣0⃣Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.
2⃣1⃣Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.
2⃣2⃣Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.
2⃣3⃣Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.
2⃣4⃣Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.
2⃣5⃣Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.
2⃣6⃣Memperbanyakan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.
2⃣7⃣Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.
2⃣8⃣Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.
2⃣9⃣Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.
3⃣0⃣Insentif tunai Kelahiran Baru.
3⃣1⃣ Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi, kanak-kanak hingga dewasa.
3⃣2⃣Menarik pelabur asing lebih banyak.
3⃣3⃣Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.
3⃣4⃣Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.
3⃣5⃣Khidmat kesihatan Percuma.
3⃣6⃣Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.
3⃣7⃣Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.
3⃣8⃣Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.
3⃣9⃣ Menaik taraf kehidupan Rakyat.
4⃣0⃣Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.
4⃣1⃣Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.
4⃣2⃣ Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.
4⃣3⃣Memansuhkan sistem AES.
4⃣4⃣Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.
4⃣5⃣Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.
*Cikla paling suka yang no. 11 tu. Hihi...
Di harap mereka yang berkenaan akan mengotakan semua janji-janji ini. Jangan pulak nanti janji manismu atau janji hanya tinggal janji.
Keputusan ini diperolehi disebabkan oleh pengorbanan yang dibuat oleh rakyat. So, hargailah ia jangan disia-siakan. Peluang yang baik tidak akan datang berkali-kali.
Semoga Allah memberkati rakyat dan negara kita yang tercinta ini, MALAYSIA!
Thus Article Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru.
Itulah artikel Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/tahniah-pakatan-rakyat-menang-besar.html
0 Response to "Tahniah Pakatan Rakyat, menang besar dalam PRU14 untuk bentuk kerajaan baru."
Catat Ulasan