Loading...

Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB

Loading...
Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB
link : Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB

Baca juga


Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB


KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau menyorokkan bukti berkaitan siasatan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apandi, ketika dihubungi berkata, semua keputusan dibuat sebelum ini adalah berdasarkan fakta yang mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang.

"Semua tindakan yang dilakukan saya adalah jelas dan tanpa berselindung akan mendedahkan semuanya.

"Tidak ada apa-apa yang disorokkan dan saya tidak bertindak mengikut sebarang arahan mahu pun agenda pihak tertentu.

"Apa yang penting adalah peraturan dan peruntukan undang-undang perlu ditegakkan, sebarang tindakan yang akan atau sudah diambil oleh sesiapa pun hendaklah juga mengikut lunas undang-undang," katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini, berkata Apandi memperlekehkan kedudukannya dan seakan menyembunyikan perkara yang sebenar.

Malah, dalam sidang media itu, beliau dipetik berkata Apandi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mungkin akan disiasat berkaitan pembabitan dalam kes 1MDB.

Tegas beliau lagi, tindakan akan di ambil berdasarkan undang-undang negara atas nasihat peguam dan pentadbiran negara.

"Kita akan siasat mana-mana pihak yang kita tahu terbabit dengan jenayah rasuah ini , " katanya. #sumber


Thus Article Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB

Itulah artikel Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/peguam-negara-nafikan-dakwaan-beliau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peguam Negara Nafikan Dakwaan Beliau Sorok Bukti Siasatan 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...