Loading...

Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria !

Loading...
Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria !
link : Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria !

Baca juga


Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria !


PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menutup kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pahang dengan meraikan pengundi luar kawasan Parlimen Pekan pada majlis di Bilik Gerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Najib yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pekan mengingatkan pengundi bahawa PRU kali ini adalah amat penting untuk masa depan rakyat dan negara dan bukan masa untuk bersuka ria.

Beliau berkata kehadiran untuk mengundi pada esok hari bukan sekadar bagi menunaikan tanggungjawab mengikut Perlembagaan Negara semata-mata tetapi satu perlakuan yang boleh menentukan hala tuju masa depan rakyat dan negara.

"Sebab itu saya mengajak anda semua memahami tentang apa yang akan dilakukan kerajaan BN bersandarkan apa yang saya dan rakan-rakan pimpinan telah bentangkan dalam manifesto.

"Bagi anak muda seperti anda, BN janjikan tiga juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun dan peluang kerja selepas enam bulan menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi, satu manifesto komprehensif yang tidak pernah dibentangkan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata pengundi dan mereka yang pulang mengundi perlu tahu parti mana yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada seluruh masyarakat, bukannya terpesona dengan gabungan pembangkang yang rapuh dan tidak boleh menjamin masa depan yang gemilang.

Najib berkata jika sekali lagi dipilih sebagai anggota Parlimen Pekan, beliau akan melakukan lebih banyak usaha untuk memajukan daerah ini dan juga negara.

Katanya apa yang beliau mahu ialah, bukan sahaja Pekan kekal di tangan BN malam esok tetapi ia adalah kemenangan yang besar dari segi majoriti.

"Jika dahulu kita menang dengan majoriti 35,617 undi, saya mahu tuan-tuan tingkatkan majoriti itu kepada 40,000, " katanya disambut tepukan oleh hadirin.

Program anjuran Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (Kawan) itu, berjaya membawa pulang seramai 2,408 pengundi luar dari Pahang selepas inisiatif itu digerakkan sebulan yang lalu. #sumber


Thus Article Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria !

Itulah artikel Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/najib-rai-pengundi-luar-ingatkan-pru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria !"

Catat Ulasan

Loading...