Loading...
Tajuk : Ketua PPBM Temerloh Umumkan Keluar Parti, Beri Sokongan Calon BN
link : Ketua PPBM Temerloh Umumkan Keluar Parti, Beri Sokongan Calon BN
Ketua PPBM Temerloh Umumkan Keluar Parti, Beri Sokongan Calon BN
TEMERLOH: Ketua PPBM Bahagian Temerloh Amerus Che Onn (foto) serta Ketua Pemuda Bahagian itu Sharipul Fairuz Mohd Sharip mengumumkan keluar parti dan akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
Amerus berkata mereka mengambil keputusan itu kerana kesal dengan pucuk pimpinan Pakatan Harapan yang tidak berhasrat membantu rakyat sebaliknya menjadikan PRU14 ini sebagai medium untuk membalas dendam terhadap kepimpinan kerajaan BN yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Di Temerloh kami mempunyai lebih 400 ahli dan hari ini saya bersama ketua pemuda dan beberapa anggota jawatankuasa mengumumkan keluar daripada PPBM.
"Serentak dengan itu kami akan memberikan sokongan kepada BN terutama kepada Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Parlimen Temerloh untuk memenangi pilihan raya ini," katanya semasa mengumumkan perkara itu di Bilik Gerakan BN Kampung Bachap malam semalam.
Beliau turut mendakwa kira-kira 60 peratus anggota PPBM Bahagian itu akan bertindak keluar parti dengan kebanyakannya di kawasan Dewan Undangan Negeri Lanchang.
Sharipul Fairuz yang turut hadir berkata beliau akan membantu BN mengekalkan kuasa dan kemenangan di Temerloh. #sumber
Thus Article Ketua PPBM Temerloh Umumkan Keluar Parti, Beri Sokongan Calon BN
Itulah artikel Ketua PPBM Temerloh Umumkan Keluar Parti, Beri Sokongan Calon BN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ketua PPBM Temerloh Umumkan Keluar Parti, Beri Sokongan Calon BN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/ketua-ppbm-temerloh-umumkan-keluar.html
0 Response to "Ketua PPBM Temerloh Umumkan Keluar Parti, Beri Sokongan Calon BN"
Catat Ulasan