Loading...

Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur

Loading...
Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur
link : Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur

Baca juga


Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur


JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Johor menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berundur dan memberi ruang kepada muka baharu yang mampu melakukan perubahan kepada parti.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim, turut menggesa supaya Najib memberikan kerjasama dalam proses transisi tampuk kepimpinan UMNO.

Katanya, UMNO tidak boleh lagi terus berada dalam keadaan 'in denial' dan rakyat sudah bersuara, maka UMNO juga perlu bersuara.

"Sehubungan itu, kami menggesa YB Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden UMNO untuk berundur dan memberi ruang kepada muka-muka baharu yang saya percaya mampu melakukan perubahan kepada UMNO.

"Selain itu, kami juga menggesa supaya beliau mampu memberikan kerjasama dalam proses transisi tampuk kepimpinan UMNO.

"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak atas jasa yang diberikan sepanjang beliau menerajui tampuk kepimpinan parti UMNO," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hahasrin yang juga calon baharu dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti, berkata pihaknya juga dengan rasa rendah diri memohon kemaafan kepada semua ahli UMNO dan jentera parti kerana sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Johor gagal mempertahankan Johor dan parti keramat ini.

Bagaimanapun, beliau menyeru kepada semua ahli UMNO untuk menganggap ini hanya sebagai permulaan kepada satu perjuangan lebih besar dan penuh bermakna bagi mengembalikan cahaya perjuangan UMNO dan seterusnya mendapatkan semula mandat daripada rakyat Malaysia untuk memerintah.

"Bagi menjayakan iltizam ini, kami yakin dan percaya UMNO harus berubah. UMNO tidak boleh lagi mendongak ke langit, tidak boleh lagi selesa dengan status quo. Maka suatu anjakan yang radikal harus dilakukan oleh kepimpinan utama parti.

"Lantaran itu, semua ahli UMNO perlu berani bagi melakulan perubahan dalaman parti, bukan hanya sekadar laungan tetapi ia perlu terus dizahirkan," katanya. #sumber


Thus Article Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur

Itulah artikel Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/kalah-pru-pemuda-umno-johor-pula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kalah PRU, Pemuda UMNO Johor Pula "Menggesa" Najib Berundur"

Catat Ulasan

Loading...