Loading...

Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan

Loading...
Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan
link : Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan

Baca juga


Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan


BENTONG: Tindakan jutawan Tan Sri Mokhzani Mahathir mempertikai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah-olah memperkecilkan rakyat yang memerlukan bantuan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata dengan status seorang jutawan Mokhzani yang juga tidak memiliki kedudukan di dalam parti politik tidak mempunyai kredibiliti untuk mempertikaikan bantuan yang diasaskan Barisan Nasional (BN) yang terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat.

"Kalau mereka hendak ketepikan BR1M, suruh Mokhzani sendiri bagi bantuan kepada rakyat yang memerlukan...saya rasa beliau tiada masalah kerana dia banyak duit.

"Semua orang tahu BR1M diterima rakyat dan untuk dia mengatakan BR1M tidak diperlukan rakyat daif...itu disebabkan dia tidak tahu keadaan mereka yang benar-benar daif dan memerlukan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis bersama rakyat di Dewan Semai Bakti Felda Lurah Bilut di sini hari yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut, Jason Poo Mun Hong.

Mokhzani dilapor berkata demikian dalam ceramahnya di pentas pakatan pembangkang di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah, malam semalam.

Menurut Mokhzani meskipun kerajaan gembira kerana mampu membantu rakyat menerusi BR1M, rakyat sebenarnya lupa bantuan itu menunjukkan mereka tidak mampu menyara kehidupan sendiri.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata kenyataan Mokhzani itu juga seolah-olah memperkecilkan manifesto atau janji pembangkang untuk meneruskan bantuan berkenaan sekiranya berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

"Sebab itu, saya rasa beliau tidak ada kredibiliti dan kedudukan dalam parti untuk memberi hujah begitu," katanya. #sumber


Thus Article Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan

Itulah artikel Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/hishammuddin-pertikai-br1m-mokhzani.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan"

Catat Ulasan

Loading...