Loading...

Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan

Loading...
Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan
link : Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan

Baca juga


Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan



Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kini dilarang keluar dari negara.

Selepas menyemak nombor kad pengenalan mereka di semakan status perjalanan Jabatan Imigresen, Malaysiakini mendapati keempat-empatnya tidak termasuk dalam kategori "tiada halangan".

Apandi didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB, walaupun dinafikannya. Apandi memulakan cuti 30 hari tanpa rekod hari ini.

Irwan Serigar adalah pengerusi 1MDB. Beliau merupakan saksi utama dalam kedua-dua siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) terhadap syarikat itu.

Dzulkifli pula menjadi ketua pesuruhjaya bermula 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Peranannya dalam siasatan 1MDB tidak dapat dipastikan secara jelas.

Selepas menjadi perdana menteri minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ramai individu yang terlibat dengan skandal 1MDB, termasuk pihak berkuasa yang menyembunyikan bukti, telah disenarai hitam daripada ke luar negara.

Mahathir juga mengesahkan beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk keluar dari negara. - MK


Thus Article Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan

Itulah artikel Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/disenarai-hitam-apandi-khalid-dzulkifli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan"

Catat Ulasan

Loading...