Loading...

Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar

Loading...
Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar
link : Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar

Baca juga


Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar


TEMERLOH: Lebih 2,000 pengundi luar digesa untuk tidak membawa sentimen luar, sebaliknya perlu memikirkan peluang pembangunan yang boleh dilaksanakan jika Barisan Nasional (BN) menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan.

Calon BN DUN itu Datuk Nor Azmi Mat Ludin berkata mereka perlu mendalami dan memikirkan semasak-masaknya kesan daripada undi mereka, kerana keluarga mereka yang menetap di Kuala Semantan yang akan menerima baik buruk kesan undi tersebut.

"Pengundi luar tidak menerima maklumat yang jelas apa masalah yang dihadapi penduduk Kuala Semantan sepanjang pembangkang menguasai kawasan ini sebelum ini.

"BN telah membina pasukan yang mantap untuk menerajui DUN Kuala Semantan dan bersedia memberikan khidmat terbaik kali ini.

"Yang pastinya kita sudah bekerja sepanjang lima tahun lalu, ada masyarakat di sini yang tidak dibantu wakil rakyat mereka (pembangkang) ketika banjir besar dan ribut tetapi BN yang mengambil alih tugas itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nor Azmi menambah pengundi luar juga seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan berita tidak benar yang dibaca di media sosial, sebaliknya perlu bertemu dan bertanya sendiri dengan penduduk di kampung masing-masing.

Katanya, BN juga tidak pernah memilih soal parti untuk menyelesaikan masalah dan telah sedaya upaya membantu rakyat apabila wakil pembangkang di situ gagal berbuat demikian sehingga mendatangkan kesusahan kepada penduduk setempat.

"Berbaki dua hari lagi saya merayu kepada semua pengundi Kuala Semantan supaya pasukan kami ini diberikan peluang untuk berkhidmat kerana ini adalah barisan terbaik yang kami bina.

"Saya cukup yakin perubahan atau gelombang kali ini memihak kepada BN dan berharap momentum ini berterusan sehingga pada hari pengundian 9 Mei ini," katanya. #sumber


Thus Article Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar

Itulah artikel Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/calon-bn-dun-ksemantan-harap-pengundi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Calon BN DUN K.Semantan Harap Pengundi "Tidak Bawa" Sentimen Luar"

Catat Ulasan

Loading...