Loading...

Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB !

Loading...
Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB !
link : Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB !

Baca juga


Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB !


BENTONG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pelantikan Menteri Besar Pahang akan ditentukan selepas mendapat perkenan istana dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad akan memilih calon sesuai untuk menjadi pemimpin nombor satu negeri itu.

“Bagi jawatan anggota mesyuarat kerajaan pula, perkara itu belum dapat ditentukan kerana istana masih belum membuat keputusan tentang (pelantikan) menteri besar, maka itu akan menjadi perkara kedua,” katanya pada sidang media hari ini.


Berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) semalam, BN Pahang mendapat majoriti mudah selepas menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PAS (8) dan Pakatan Harapan (9).

Adnan berkata, beliau mewakili BN Pahang berterima kasih kepada semua pengundi yang menyokong BN sehingga masih dapat meneruskan pentadbiran negeri.

Mengulas pelaksanaan projek berimpak tinggi di Pahang oleh kerajaan persekutuan sebelum ini, Adnan berharap ia akan diteruskan dengan jaminan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan “post mortem” keputusan PRU14 dan dapatannya akan diserahkan kepada kerajaan negeri yang akan dilantik supaya penambahbaikan dapat dilakukan dalam memastikan kelangsungan BN pada masa depan.

“Secara keseluruhannya, mengambil kira apa yang dianggap tsunami, prestasi (BN) Pahang agak baik berbanding negeri lain.

“Walaupun kita hilang majoriti 2/3, kita masih memegang kuasa dengan majoriti mudah…25 berbanding 17 boleh dianggap sebagai majoriti besar dan boleh menyumbang kepada kerajaan yang stabil,” katanya.

Berhubung kehilangan 5 kerusi DUN yang dimenangi UMNO sebelum ini, Adnan berkata, 2 daripadanya iaitu Jengka dan Panching sudah dijangkakan atas faktor komposisi pengundi, walaupun wakil rakyat sebelumnya berkhidmat dengan baik pada penggal lalu. #sumber


Thus Article Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB !

Itulah artikel Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/adnan-serahkan-kepada-sultan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adnan "Serahkan" Kepada Sultan Pahang Untuk Memilih Calon MB !"

Catat Ulasan

Loading...