Loading...

Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan

Loading...
Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan
link : Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan

Baca juga


Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan

Oleh Hashim Mustafa


Apa yang ada pada PH sebenarnya hanya matlamat mahu memperoleh kuasa, memegang kuasa dan selepas itu bercakaran. Mereka tidak ada kesepakatan, apatah lagi permuafakatan.

 
 




Dalam memastikan kestabilan dan kemajuan negara berjalan teratur, salah satu elemen yang penting adalah kestabilan politik.

Kestabilan politik memainkan peranan amat penting bagi memastikan arah tuju sesebuah negara teratur, menjamin perjalanan ekonomi yang kukuh dan memastikan negara itu terus membangun.

Justeru, adalah penting untuk Malaysia, khususnya rakyat negara ini menjaga kestabilan politik dan membuat pilihan tepat menjelang PRU14 ini.

Pengkhususan dan keutamaan yang perlu menjadi kriteria pemilihan adalah untuk memastikan pemilihan kerajaan yang menjaga kestabilan politik, merencana kemajuan ekonomi dan amat penting sekali adalah mendahulukan pembangunan sosial bagi memastikan nasib rakyat terbela.

Pemilihan semestinya sebuah parti politik yang moderat, tidak berpegang pada sikap ekstremis dan seharusnya stabil dalam membentuk gabungan untuk mentadbir negara.

Memandangkan negara kita ini adalah negara berbilang kaum dengan adat budaya berbeza, maka semestinya setiap segmen kaum itu mahu memastikan kedudukan mereka terjamin.

Seharusnya parti politik mempunyai representasi kaum dalam kerangka perpaduan dan permuafakatan yang sempurna.

Ini mesti ditentukan dan rakyat semestinya dapat melihat permuafakatan sihat dan bukan permuafakatan hanya berpaksikan matlamat sementara atau “temporary engagement” yang tidak konklusif.

Permuafakatan yang ada harus kukuh dan bertoleransi.

Sungguhpun begitu, kompromi harus dijalankan dalam bentuk yang sihat dan tidak ekstremis dalam memastikan matlamat tercapai.

Ini harus ada dan rakyat harus jelas memilih representasi mereka dari parti yang mempunyai dan dapat memupuk permuafakatan baik dan ikhlas.

Rakyat jangan terpengaruh dengan kempen sahaja.

Kempen hanya seperti iklan menyatakan perkara baik untuk meraih undi.

Rakyat seharusnya menilai secara menyeluruh sama ada parti yang dipilih dapat memupuk nilai-nilai permuafakatan sempurna, tidak bercelaru dan mempunyai agenda pembangunan teratur.

Kita harus berdiri atas bumi nyata dan tidak melaung-laung kebaikan semata-mata tanpa penilaian realistik.

Adakah Pakatan Harapan (PH) yang baru diwujudkan mempunyai agenda kukuh dari segi permuafakatan atau mereka terbit hanya untuk desakan mendapatkan kuasa?

Apakah kita mahu menyerahkan nasib bangsa kepada sebuah pakatan baru dan belum teruji mempunyai kestabilan dan agenda serupa.

Apa yang kita nampak adalah mereka tidak sebenarnya mempunyai permuafakatan sempurna dan hanya mempunyai satu agenda, iaitu untuk mendapatkan kuasa.

Permuafakatan mereka seakan-akan satu pernikahan kontrak dan tidak ada penyelarasan serta persefahaman serupa.

Hari ini mereka bersatu dan kemudian mereka berpisah.

Sejak mula lagi, pakatan yang ada sewaktu itu dalam Barisan Alternatif sudah menunjukkan mereka tidak selari dan tidak ada persamaan, apatah lagi permuafakatan.

Setelah tertubuhnya Barisan Alternatif dalam usaha mencabar kuasa Barisan Nasional (BN), mereka bercakaran dengan DAP, lalu DAP mengambil keputusan untuk keluar daripada Barisan Alternatif kerana bersengketa dengan PAS.

Pada ketika itu, rundingan mengenai negara Islam gagal mencari jalan tengah yang baik.
Setelah itu, Pakatan Rakyat juga berpecah dengan PAS.

PAS menarik diri daripada Pakatan Rakyat kerana tidak sehaluan dengan agenda DAP, malah sudah menunjukkan penentangan secara terbuka kepada PKR.

Ini tidak menggambarkan satu pakatan yang sempurna dan bertoleransi, serta mempunyai harapan sealiran.

Mereka hanya bergabung untuk matlamat kuasa.

Mahukan kuasa tanpa mempedulikan kestabilan dalam pakatan mereka sendiri.

Kita boleh lihat tindakan-tindakan mereka berbentuk ekstremisme seperti membuat keputusan melulu, tidak setuju keluar dan bantah, serta bila ada matlamat, mereka bergabung sementara.

Ini tidak menggambarkan permuafakatan dan tanpa permuafakatan antara mereka, di mana harus kita cari harapan untuk sebuah kerajaan yang stabil, lebih bertoleransi dan berwawasan?

Kita perlu ingat matlamat yang sementara tidak menjanjikan masa depan lebih terurus dan berdaya maju.

Kita tidak seharusnya memperjudikan nasib dan masa depan rakyat dengan hanya mempercayai kempen politik yang tidak mempunyai kekukuhan baik dalam gabungan mereka.

Rakyat Malaysia harus menilai dan memilih kerajaan yang lebih mencerminkan kekukuhan, kematangan dan berwibawa.

Apa yang ada pada PH sebenarnya hanya matlamat mahu memperoleh kuasa, memegang kuasa dan selepas itu bercakaran.

Mereka tidak ada kesepakatan, apatah lagi permuafakatan.

Tanpa pakatan, tanpa permuafakatan antara mereka, di mana lahirnya harapan untuk negara kita ini?

*Hashim Mustafa ialah pembaca FMT.



Thus Article Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan

Itulah artikel Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/tanpa-permuafakatan-pakatan-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tanpa permuafakatan, Pakatan tiada Harapan"

Catat Ulasan

Loading...