Loading...
Tajuk : Suami Isteri Di Tahan Polis, Keluar Duit Jiran RM52K Tanpa Kebenaran
link : Suami Isteri Di Tahan Polis, Keluar Duit Jiran RM52K Tanpa Kebenaran
Suami Isteri Di Tahan Polis, Keluar Duit Jiran RM52K Tanpa Kebenaran
KUANTAN: Sepasang suami isteri berusia 57 dan 52 tahun ditahan di sekitar bandar ini semalam kerana mengeluarkan wang simpanan milik seorang jiran mereka tanpa kebenaran berjumlah RM52,000 sejak tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa seorang pembantu restoran itu pada mulanya meminta jirannya yang dikenali sebagai Kak Pah untuk memeriksa baki di dalam akaun simpanannya.
“Mangsa seorang wanita berusia 41 tahun kemudian menyerahkan kad pengeluaran wang automatik Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya kepada Kak Pah untuk tujuan berkenaan pada 25 Mei lalu.
“Bagaimanapun, suspek tidak memulangkan kad berkenaan walaupun beberapa kali mangsa memintanya sehingga wanita itu merujuk bank berkenaan untuk memeriksa baki simpanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Wazir, suspek hanya memberi mangsa sebanyak RM50 sebulan sedangkan wang simpanannya hilang sebanyak RM52,000. #sumber
Thus Article Suami Isteri Di Tahan Polis, Keluar Duit Jiran RM52K Tanpa Kebenaran
Itulah artikel Suami Isteri Di Tahan Polis, Keluar Duit Jiran RM52K Tanpa Kebenaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Suami Isteri Di Tahan Polis, Keluar Duit Jiran RM52K Tanpa Kebenaran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/suami-isteri-di-tahan-polis-keluar-duit.html
0 Response to "Suami Isteri Di Tahan Polis, Keluar Duit Jiran RM52K Tanpa Kebenaran"
Catat Ulasan