Loading...

SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14

Loading...
SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14
link : SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14

Baca juga


SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14


KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan penuh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan hari ini berhubung dakwaan pihak tertentu kononnya SPR enggan bertemu bagi membincangkan mengenai penggunaan logo dan simbol parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana terlalu sibuk.

SPR Sedang Perincikan Garis Panduan Proses PRU14.

1. SPR menafikan kenyataan pihak tertentu yang kononnya badan ini menolak untuk berjumpa mereka bagi membincangkan tentang penggunaan logo dan simbol pada PRU14 kerana terlalu sibuk. Dalam hal ini, SPR ingin menjelaskan bahawa Pejabat Penasihat Undang-Undang telah menerima surat secara serahan tangan oleh wakil pihak berkenaan pada 12 April 2018 (Khamis) dan cadangan tarikh untuk mengadakan pertemuaan pada 16 April 2018 (Isnin), jam 10.00 pagi. Untuk penjelasan lanjut cadangan pertemuan itu adalah dengan Penasihat Undang-Undang.

2. Walaubagaimana pun, pada hari yang sama Pejabat Penasihat Undang-Undang telah memberi maklum balas segera dengan menyatakan bahawa tarikh yang dicadangkan itu tidak dapat dipenuhi disebabkan beliau akan menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

3. Dalam maklum balas tersebut juga pihak Pejabat Penasihat Undang-Undang turut memaklumkan bahawa perkara-perkara yang ingin dibincangkan itu sedang dalam proses untuk dimuktamadkan oleh SPR dan akan dimaklumkan kepada semua pihak yang berkepentingan khususnya parti-parti politik dalam masa terdekat dan berharap pihak terbabit menunggu pemakluman rasmi oleh SPR.

4. Pendekatan rasional ini diambil kerana beliau berpendapat isu yang ditimbulkan oleh parti berkenaan juga melibatkan parti-parti lain. Maka atas dasar untuk memberi penerangan dan penjelasan yang tidak hanya tertumpu kepada parti tersebut sahaja adalah wajar makluman dan hebahan secara rasmi dikeluarkan oleh SPR dan bukan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang.

5. Dalam menilai keseluruhan isu-isu yang timbul adalah wajar pihak-pihak terbabit memberi ruang kepada SPR untuk mencapai satu keputusan yang tepat dan terbaik demi kepentingan semua pihak. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT SPR. #sumber


Thus Article SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14

Itulah artikel SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/spr-nafi-enggan-berbincang-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPR "Nafi" Enggan Berbincang Isu Penggunaan Logo, Simbol PRU-14"

Catat Ulasan

Loading...