Loading...

Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini

Loading...
Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini
link : Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini

Baca juga


Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini







Sejak mula menyertai pilihan raya umum (PRU) 1969, DAP hari ini membuat pengumuman yang mengejutkan apabila memutuskan tidak menggunakan lambang roket di Semenanjung Malaysia pada PRU akan datang.

Keputusan itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dibuat berdasarkan persetujuan bersama gabungan empat parti Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan satu logo khususnya di Semenanjung Malaysia.

Menurut Guan Eng, keputusan itu juga diambil berikutan keengganan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mendaftarkan PH atas alasan salah satu parti komponennya iaitu Bersatu tidak mematuhi peraturan ditetapkan RoS.

Bersatu diisytiharkan ‘bubar sementara’ oleh Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim dalam sidang media petang tadi.

“Kita perlukan satu lawan satu dengan BN, tambahan lagi Pakatan Harapan masih belum diluluskan oleh RoS sebagai pertubuhan rasmi,” katanya pada sidang media di Parlimen pagi tadi.

Guan Eng mengumumkan keputusan DAP tidak menggunakan lambang sendiri di Semenanjung Malaysia pada PRU ini.

Bagaimanapun kata Guan Eng, PH bersetuju DAP menggunakan logonya sendiri di Sabah dan Sarawak pada PRU akan datang.
Dalam perkembangan berkaitan, PH dijangka mengumumkan logo bersama pada ceramah mega yang dijadualkan esok di Pasir Gudang, Johor.
Menurut Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad, keputusan muktamad penggunaan logo bersama yang dipilih antara empat parti itu dibuat dalam mesyuarat majlis presiden pagi tadi.

“Kita sudah buat keputusan tetapi akan hanya umumkannya esok di Pasir Gudang,” kata beliau kepada media selepas mesyuarat di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya lapor Malaysiakini.

Beliau berkata mesyuarat pagi ini diadakan memandangkan parlimen dijangka dibubarkan dalam masa terdekat.

“Sudah tentu kerajaan mahu perangkap kita supaya mereka boleh menipu,” katanya.

Februari lalu, PH telah memfailkan saman terhadap RoS kerana didakwa gagal memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.

Penggunaan logo bersama PH itu penting bagi memudahkan pengundi membuat pilihan selain menunjukkan kesepaduan gabungan komponen PH.



Thus Article Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini

Itulah artikel Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/roket-dap-tidak-kelihatan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Roket DAP tidak kelihatan di Semenanjung PRU14 ini"

Catat Ulasan

Loading...