Loading...
Tajuk : Puad 'Kekal' Dalam UMNO, Mahu Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
link : Puad 'Kekal' Dalam UMNO, Mahu Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
Puad 'Kekal' Dalam UMNO, Mahu Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
JOHOR BAHRU: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah memutuskan untuk kekal dalam UMNO bagi membolehkannya terus berkhidmat kepada masyarakat.
Perkembangan terbaharu itu sekali gus mengenepikan desas-desus kononnya beliau akan keluar daripada parti berikutan ketidakpuasan hatinya dalam soal pemilihan calon Barisan Nasional (BN) Johor apabila namanya digugurkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Seperti kenyataan awal, saya bukan menentang perjuangan UMNO tetapi hanya tidak berpuas hati dengan sistem yang dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Oleh itu, buat sementara waktu saya akan terus kekal sebagai Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat dan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, " kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu kepada Bernama ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mohd Puad berkata dalam tempoh itu, beliau juga akan menjalankan tugas sebagai pemimpin masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan biarpun belum mempunyai perancangan jelas terhadap pekerjaan yang bakal dilakukan. #sumber
Thus Article Puad 'Kekal' Dalam UMNO, Mahu Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
Itulah artikel Puad 'Kekal' Dalam UMNO, Mahu Terus Berkhidmat Kepada Rakyat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Puad 'Kekal' Dalam UMNO, Mahu Terus Berkhidmat Kepada Rakyat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/puad-kekal-dalam-umno-mahu-terus.html
0 Response to "Puad 'Kekal' Dalam UMNO, Mahu Terus Berkhidmat Kepada Rakyat"
Catat Ulasan