Loading...

PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid

Loading...
PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid
link : PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid

Baca juga


PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid

Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani |
PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid
Ahmad Zahid menyampaikan amanatnya ketika melawat Bilik Gerakan Pilihan Raya, Pusat Daerah Mengundi Parit 4 Sungai Sumum hari ini. -Bernama
 
 
BAGAN DATUK: Senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diumumkan pengerusi BN Negeri masing-masing.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap pengerusi BN Negeri telah diberi kuasa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN untuk mengumumkan calon masing-masing.

Justeru, katanya, tidak wujud majlis penyerahan watikah pencalon kepada calon BN di Pusat Dagangan Dunia Putra secara berperingkat bermula Jumaat ini sepertimana diuar-uarkan.

"Kami (kepimpinan BN) telah menyerahkan tarikh (pengumuman calon) yang sesuai kepada beliau (pengerusi BN negeri-negeri), jadi kita serahkan kepada mereka semua.

"la tak perlu ada hint (bayangan tarikh pengumuman) daripada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit 4, Kampung Parit 5, Sungai Sumun, di sini hari ini.

Ahmad Zahid menasihatkan ahli parti agar tidak mendengar khabar angin kerana dakwaan tersebut tidak tepat dan sebaliknya merujuk kepada pucuk pimpinan BN sendiri.

"Khabar angin ini biasalah, janganlah tulis tentang berita yang berasaskan khabar angin. Saya bercakap ini sebagai Timbalan Pengerusi BN. Ini bukannya khabar angin, ini khabar betul,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pada 15 April lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata BN dijangka mengumumkan senarai calon PRU14 dalam tempoh tujuh atau 10 hari sebelum penamaan calon pada 28 April nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sebelum ini telah menetapkan 28 April bagi penamaan calon, 5 Mei pengundian awal, 9 Mei sebagai hari pengundian.



Thus Article PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid

Itulah artikel PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/pru14-senarai-calon-bn-akan-diumum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU14: Senarai calon BN akan diumum pengerusi negeri - TPM Zahid"

Catat Ulasan

Loading...