Loading...

Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan

Loading...
Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan
link : Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan

Baca juga


Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan


KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff meramalkan pilihan raya kali ini sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS pula, menurutnya, akan kalah teruk dan malah kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan.

"PAS adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini (dan) kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan.

"Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini," katanya di Facebook hari ini.

Tidak dapat dipastikan kenyataan terdahulu yang dirujuknya sebagai hujah kepada prestasi buruk PAS pada PRU ke-14.

Namun pada 21 April 2017, beliau menyenaraikan sebab Umno mampu merampas negeri itu, iaitu kegagalan kerajaan PAS mengatasi masalah rakyat dan membangunkan negeri serta pemimpin Umno yang lebih peka dan kedudukan kewangan parti itu yang lebih kukuh.

"PAS perlu mengubah pendekatan kempen dan ceramahnya jika mahu kembali mendapat tempat di hati rakyat. Isu rakyat perlu dijawab secara berhemah dan berfakta...Dalam politik PAS perlu berpijak di alam nyata," katanya juga di Facebook.

Bagi BERSATU dan AMANAH di negeri itu, beliau berkata kedua-duanya perlu lebih giat mendekati rakyat negeri itu.

Pada hantaran bertarikh 13 Mac 2017 pula, beliau menasihatkan agar PAS mengubah pendekatan politiknya jika mahu terus mentadbir Kelantan.

Ketika itu, beliau menyifatkan politik parti itu sudah hilang arah dengan ceramah yang sarat dengan cercaan, berbeza dengan gerak kerja Umno dan HARAPAN yang lebih lembut dan bersifat memujuk.

Hantaran terbaru ini isu politik pertama yang disentuhnya sejak mengambil keputusan untuk 'berpuasa' daripada membicarakan soal itu beberapa bulan lalu.


Sebelum itu, pandangan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia sering mencuri tumpuan terutama berkaitan PAS dan Kelantan.

Apatah lagi selepas beliau dilihat berani mengutarakan pandangan yang agak positif terhadap pembangkang ketika mengacarakan rancangan bual bicara Hujah di TV9 selepas PRU 2008.

Mohammad Agus juga berharap semua pihak dapat berpolitik secara beretika walaupun dengan suasana pilihan raya yang sememangnya 'panas'.

"Pandangan saya betul pada hemat saya dan mungkin salah pada hemat yang lain...Semoga PRU berjalan dengan baik, dan kita tunggu saja keputusannya 9 Mei nanti," katanya lagi. #sumber


Thus Article Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan

Itulah artikel Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/prof-agus-pru14-pas-mungkin-akan-kalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Prof Agus: PRU14, PAS Mungkin Akan Kalah Teruk Dan Hilang Kelantan"

Catat Ulasan

Loading...