Loading...

PPBM tarik balik saman pada RoS

Loading...
PPBM tarik balik saman pada RoS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM tarik balik saman pada RoS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM tarik balik saman pada RoS
link : PPBM tarik balik saman pada RoS

Baca juga


PPBM tarik balik saman pada RoS

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PPBM hari ini menarik balik saman pemula difailkan terhadap Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bagi menuntut deklarasi berhubung status pendaftaran parti itu.
 
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili PPBM memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi S. Nantha Balan membenarkan saman itu ditarik balik tanpa sebarang kos selepas pengurusan kes saman berkenaan di dalam kamarnya hari ini.
 
Peguam itu berkata PPBM menarik balik saman pemula itu berikutan parti berkenaan telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar tindakan ketua pengarah RoS, Surayati Ibrahim membubarkan sementara parti berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini, pada 5 April lepas. Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said esok.
 
Pada 22 Feb lepas, PPBM melalui setiausaha agungnya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh selaku plaintif memfailkan saman pemula dengan menamakan RoS sebagai defendan.
 
Dalam saman pemula itu, PPBM yang ditubuhkan pada 8 Sept 2016, memohon deklarasi bagi menuntut RoS mematuhi segala prosedur dan tidak boleh membatalkan parti berkenaan mengikut peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
 
Plaintif juga memohon suatu deklarasi bahawa tindakan RoS yang tidak memberi maklum balas terhadap tiga surat yang dikemukakan terhadapnya adalah bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 selain menuntut supaya RoS menjalankan siasatan terhadap segala pertikaian berkaitan parti berkenaan. 




Thus Article PPBM tarik balik saman pada RoS

Itulah artikel PPBM tarik balik saman pada RoS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM tarik balik saman pada RoS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/ppbm-tarik-balik-saman-pada-ros.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPBM tarik balik saman pada RoS"

Catat Ulasan

Loading...