Loading...
Tajuk : Pertama kali tengok dan makan buah cinta!
link : Pertama kali tengok dan makan buah cinta!
Pertama kali tengok dan makan buah cinta!
Pertama kali tengok dan makan buah cinta! | Assalamualaikum wbt. Masa pergi bercuti dengan keluarga bulan lepas, cikla berkesempatan ronda-ronda di kawasan Tanah Rata melihat apa yang menarik di situ. Rata-rata, kebanyakan peniaga di situ menjual barangan yang hampir sama dan buah yang paling popular adalah strawberry. Adatlah kan, dah namanya Cameron Highland. Wajiblah ada buah tu kot. Tapi, sewaktu cikla berkunjung ke Cameron Lavender, cikla ternampak satu buah yang unik. Namanya pun unik jugak. Buah cinta namanya. Menarik kan nama dia.
![]() |
Pertama kali tengok dan makan buah cinta! |
Bila tengok buah ni, bentuk kejadiannya seakan-akan buah ciku. Tapi, warnanya macam buah tomato bukan. Oren oren gitu. Rupanya dalamnya? Haaa, itu cikla tak tau sebab kena belah kalau nak tengok macam mana rupa dalamnya. Oleh kerana perasaan nak tahu macam mana rasa buah ni semakin membuak-buak, cikla dengan mak belilah buah cinta ni yang telah siap di potong. Korang nak tau macam mana rupa dia? Korang tengok gambar kat bawah tu....
Pertama kali tengok dan makan buah cinta!
Rasa dia macam mana pulak ye? Apa yang cikla boleh cakap rasa dia macam buah markisa. Masam masam manis. Betullah apa yang cikla pernah baca yang buah cinta ni sebenarnya buah markisa. Cuma dekat Cameron Highland ni orang panggil buah cinta... Ooohh, gitu. So, kalau dah memang buah cinta ni adalah salah satu jenis buah markisa, dah tentu rasanya macam buah markisa kan. Hihi. Kalau korang nak tau, ia adalah dari keluarga Passifloracea yang berasal dari Brazil. Tapi, kalau ikut tekak cikla ni, lebih kepada rasa masam jugaklah buah cinta ni sebenarnya. Kalau buat jus pun sedap ni. Rupanya buah cinta ni ada yang berwarna ungu. Lagipun, cikla ada jugak terbaca yang cara nak makan buah ni dengan cara memotong sikit bahagian tampuk tangkai buah lepas tu, sedut.
Bila nak cakap pasal khasiat buah cinta ni, biasalah kan. Kalau dah namanya buah mestilah banyak khasiatnya. Antara khasiat buah cinta adalah seperti berikut, iaitu kandungan antioksidan yang tinggi, kaya dengan vitamin C, serat, folat dan potassium, selain ia dapat membantu menurunkan kolestrol. Di samping itu, ia adalah buah yang rendah kalorinya. Pesakit kencing manis pun elok ambil buah ni...
Korang macam mana? Pernah makan buah ni tak?
Kredit info SINI
Thus Article Pertama kali tengok dan makan buah cinta!
Itulah artikel Pertama kali tengok dan makan buah cinta! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pertama kali tengok dan makan buah cinta! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/pertama-kali-tengok-dan-makan-buah-cinta.html
0 Response to "Pertama kali tengok dan makan buah cinta!"
Catat Ulasan