Loading...
Tajuk : PAS Negeri Kelantan Melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14
link : PAS Negeri Kelantan Melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14
PAS Negeri Kelantan Melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14
KOTA BHARU: PAS Kelantan hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan 14 tawaran kepada rakyat.
Manifesto dengan sembilan teras bertemakan ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam’ yang selari dengan manifesto PAS Pusat, dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.
Antara tawaran dalam manifesto itu ialah mendaulatkan agama Islam dengan memperkasa perundangan Syariah, pembangunan Islam dalam aspek perbandaran, memperkasa institusi pondok, menaikkan kadar elaun imam serta bilal dan memperkasa sektor pelancongan Islam.
Isi kandungan manifesto yang lain ialah:
Meningkatkan kecemerlangan pendidikan dengan menyusun semula perkhidmatan pegawai pendidikan.
Menyuburkan ekonomi melalui meningkatkan sektor koperasi sebagai peluang pelaburan.
Memperkasakan pembinaan rumah untuk rakyat antaranya memperkasakan program rumah dhuafat di setiap Dun.
Mewujudkan alam sekitar lestari antaranya memperkenalkan sistem penuaian air hujan atau penggunaan panel solar. #sumber
Thus Article PAS Negeri Kelantan Melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14
Itulah artikel PAS Negeri Kelantan Melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PAS Negeri Kelantan Melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/pas-negeri-kelantan-melancarkan.html
0 Response to "PAS Negeri Kelantan Melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14"
Catat Ulasan