Loading...

PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi

Loading...
PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi
link : PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi

Baca juga


PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS hari ini melahirkan rasa kesal selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja.
 
Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan badan itu menyusahkan pengundi yang berada di luar kawasan untuk balik membuang undi.
 
"PAS kesal tindakan SPR menjadikan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi. 
 
"Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah merompak hak mengundi rakyat yang berada diluar kawasan bagi membuang undi. 
 
"Walaupun kerajaaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu," katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini. 
 
SPR hari ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari mengundi sementara 28 April sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei pula tarikh pengundi awal.
 
Tempoh berkempen pula ditetapkan selama 11 hari bermula hari penamaan calon.
 
Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah dalam satu sidang medianya di Menara SPR, Putrajaya pagi tadi.
 
Tuan Ibrahim kemudiannya melontar beberapa persoalan sebagai responnya kepada pengumuman SPR itu.
 
"Apakah kakitangan swasta akan sanggup mengambil cuti sehari sahaja untuk kembali mengundi? Ataupun mereka sanggup korbankan 3 hari untuk mengambil cuti agar bersambung dengan hari minggu untuk memudahkan perjalanan? 
 
"Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan KL dan luar negara?
 
"Apa masalah bagi SPR menjadikan hari Sabtu pada 1 atau 5 Mei sebagai hari pengundian kerana ia akan memudahkan semua pengundi?," soalnya bertalu-talu.
 
Beliau juga menyifatkan tindakan SPR itu tidak selari dengan komitmen badan itu sebelum ini yang menggalakkan pengundi keluar mengundi beramai-ramai semasa hari mengundi. 
 
"Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk diundi dan mensasarkan 85% keluar mengundi di PRU14 tapi melaksanakan hari pengundian di hari bekerja yang menyebabkan ramai rakyat tidak jadi mengundi?," katanya lagi. 
 
Justeru ujar Tuan Ibrahim, PAS akan bermesyuarat esok (Rabu) bagi menimbang tindakan selanjutnya. 
 
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen pada 7 April lalu bagi memberi laluan kepada apa yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya.
 
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.
 
 


Thus Article PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi

Itulah artikel PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/pas-kesal-spr-jadikan-hari-bekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS kesal SPR jadikan hari bekerja sebagai tarikh buang undi"

Catat Ulasan

Loading...