Loading...

Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah

Loading...
Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah
link : Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah

Baca juga


Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah

MALAYSIAKINI

   

Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tidak akan membuat laporan polis atau bersumpah atas nama Allah untuk mempertahankan dirinya ekoran tersebarnya rakaman audio yang mirip suaranya.

“Saya tak buat laporan polis, saya tak perlu saman, tak perlu sumpah dengan nama Allah kerana saya yakin saya bercakap benar dan terserah kepada rakyat untuk menilai sendiri,” katanya.

Nik Abduh berkata demikian ketika ditanya tindakan sepupunya yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Kelantan, Mohd Sabri Salleh yang membuat laporan polis berhubung penyebaran rakaman audio itu.

Mohd Sabri berkata laporan polis itu dibuat kerana terpanggil dan mengambil tanggungjawab untuk membersihkan nama baik bapa saudaranya allahyarham bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut disebut.

Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Nik Abduh berkata bapanya ketika hidup turut difitnah dengan pelbagai perkara namun tidak pernah mengambil tindakan undang-undang.
“Saya baru dua, tiga kali difitnah takkan nak saman.

“Ayah saya beratus kali dia tak saman,” katanya.

Nik Abduh sekali lagi menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia sengaja direka untuk menjatuhkan reputasinya menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Apabila kita kata dengan jelas ia adalah palsu, rakyat tidak beri perhatian dan yakin itu adalah permainan politik nak PRU, itu adalah senjata HARAPAN bahawa isu besar yang mereka nak hentam PAS adalah PAS bersama Umno BN.

“Isu yang paling utama mereka nak panjangkan PAS terima duit Umno, mereka cipta rakaman mendakwa saya mengakui dan saya nafikan, rakyat dah muak dengan isu sebegini

“Kita dah buktikan kita gerak sendiri dengan matlamat kita nak bawa islam ke peringkat tertinggi di negara kita,” katanya.

Pada Februari lalu, klip audio di media sosial yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada PAS tular di media sosial.

Rakaman selama seminit 18 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.

Antara lain, wang berkenaan didakwa bertujuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP.

Sementara itu, audio itu turut menggambarkan Nik Abduh mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.




Thus Article Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah

Itulah artikel Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/nik-abduh-tak-perlu-lapor-polis-sumpah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nik Abduh: Tak perlu lapor polis, sumpah nama Allah"

Catat Ulasan

Loading...