Loading...

NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria

Loading...
NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria
link : NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria

Baca juga


NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TAMPA: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) bersedia melancarkan kapal angkasa bersaiz mesin basuh bernilai AS$337 juta (RM1.31 bilion), meluaskan pencarian planet di luar sistem suria yang mungkin menampung hidupan.
 
Satelit Peninjau Transit Exoplanet atau TESS, dijadualkan dilancarkan hari ini jam 6.32 petang waktu tempatan dengan roket Falcon 9 SpaceX dari Cape Canaveral, Florida.
 
Matlamat utamanya untuk dua tahun akan datang ialah mengimbas lebih 200,000 bintang paling terang bagi kewujudan planet yang mengelilinginya dan berkelip secara terang dikenali sebagai transit.
 
NASA meramalkan, TESS akan menemui 20,000 exoplanet atau planet di luar sistem suria, termasuk lebih 50 bersaiz Bumi dan sehingga 500 lain kurang dua kali ganda saiz Bumi.
 
"Ia akan mengorbit bintang paling terang terhampir. Kita mungkin menemui planet yang mengorbit bintang dan boleh dilihat dengan mata kasar.
 
"Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan," kata saintis TESS di Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard, NASA, Elisa Quintana kepada media semalam.
 
TESS direka susulan misi kapal angkasa lepas Kepler, kali pertama jenisnya dilancarkan pada 2009. Kapal angkasa berusia itu kini kehabisan bahan api dan bakal tamat operasi.
 
Kepler menemui kumpulan besar exoplanet dengan memfokuskan satu bahagian langit yang mengandungi kira-kira 150,000 bintang seperti matahari.
 
Misi Kepler menemui 2,300 exoplanet disahkan dan ribuan lagi calon planet namun kebanyakannya terlalu jauh dan malap untuk dikaji dengan lanjut. - AFP
 
 


Thus Article NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria

Itulah artikel NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/nasa-cari-planet-seperti-bumi-di-luar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "NASA cari planet seperti Bumi di luar sistem suria"

Catat Ulasan

Loading...