Loading...

MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands

Loading...
MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands
link : MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands

Baca juga


MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands


KUALA LUMPUR: Parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Progresif Penduduk (myPPP) memutuskan untuk kekal dalam gabungan pemerintah walaupun tidak diberikan kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Presiden Tan Sri M Kayveas berkata sedemikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi di ibu pejabat parti hari ini.

“Ahli majlis tertinggi kita sebulat suara memutuskan untuk kekal dalam BN.

“Bagaimanapun, keputusan kita akan dipertimbang semula selepas bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat selama 2 jam itu.

Keputusan itu dibuat selepas Kayveas menolak tawaran Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk bertanding di Segambut, bukan Cameron Highlands.

Bekas senator dan Ahli Parlimen Taiping berkata myPPP berpeluang lebih besar untuk menang di Cameron Highlands kerana parti itu sudah bekerja di sana bertahun lama.

“Bahaya untuk ‘gantikan’ kami dengan calon lain. Mereka boleh kehilangan kerusi itu,” katanya.

Ahli Parlimen Cameron Highlands sekarang adalah Datuk Seri G Palanivel yang kekal sebagai wakil bebas.

Semalam, pada pelancaran manifesto myPPP, Kayveas berkata Tengku Adnan menawarkan kerusi Parlimen Segambut untuk beliau bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Beliau menolak tawaran itu dan memberitahu menteri Wilayah Persekutuan itu sendiri bertanding di Segambut.

Kayveas menganggap Tengku Adnan “kawan rapat” tetapi sudah hilang sabar.

“Jika tidak mahu kami (dalam BN), beritahu baik-baik. Jangan berikan kami kerusi untuk kalah dan berkata anda sudah memberikan kerusi tetapi kami tidak mampu menang.”

Kayveas juga mendakwa Tengku Adnan tidak adil dalam rundingan pengagihan kerusi.

“Kami sudah keluar (dari BN) pada 2008 jika Tengku Adnan tidak memujuk waktu itu. Kami kekal dalam BN kerana beliau, terima kasih.”

Apabila disoal jika myPPP akan “sabotaj” calon BN yang terpilih untuk Cameron Highlands, Kayveas berkata beliau tidak akan lakukan perkara itu.

“Kami tidak menghabiskan masa melakukan perkara tidak bermanfaat.

“Jika ada pun sabotaj, ia adalah daripada pengundi yang mempunyai harapan tinggi untuk kami bertanding di sana,” katanya.

Penyokong Kayveas berkumpul di luar ibu pejabat parti itu hari ini sambil mengangkat plakad dengan mesej sokongan.

Mereka menggesa pimpinan tertinggi BN membenarkan Kayveas bertanding di Cameron Highlands, di mana beliau aktif selama 4 tahun lepas.

Ketua Pemuda MIC Datuk Sivarraajh Chandran dikatakan akan dicalonkan di kerusi itu bagi menentang DAP dan PSM. #sumber


Thus Article MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands

Itulah artikel MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/myppp-kekal-di-dalam-bn-walau-pun-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MyPPP Kekal Di Dalam BN, Walau Pun Tak Dapat Parlimen Cameron Highlands"

Catat Ulasan

Loading...