Loading...

Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan

Loading...
Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan
link : Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan

Baca juga


Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan


PEKAN: Agensi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia (Maratim Malaysia) merampas kira-kira 500 kilogram sotong beku dan sebuah bot kargo asing bernilai lebih RM1 juta dalam satu operasi di perairan negeri ini iaitu kira-kira 53 kilometer dari Kuala Pahang di sini semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Ma­ritim Datuk Zulkarnain Mo­hd. Omar berkata, seramai 11 awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam berusia 19 hingga 52 tahun turut ditahan selepas anggota agensi berkenaan memintas bot mereka ketika cuba meloloskan diri pada pukul 9.30 malam.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot kargo berkenaan mene­mukan kira-kira 500 kilogram sotong yang sudah beku,” kata­nya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Zulkarnain, sotong berkenaan dipercayai dibeli daripada bot-bot tempatan yang menggunakan kru nelayan warga asing dan urus niaga dijalankan di tengah laut.

Ujarnya, bot kargo yang didaftarkan di Mongolia itu juga didapati gagal memaklumkan ketibaan, tidak mempunyai permit kargo dan disyaki melakukan aktiviti menyimpan serta memproses sotong.

“Kita percaya sotong yang dibeli daripada bot tempatan itu diproses terus di dalam bot sebelum dibekukan dan dibawa pulang ke negara mereka untuk dijual kepada peraih dengan harga yang lebih mahal,” katanya.

Tambah Zulkarnain, bot ber­kenaan dipercayai masih baru berada di laut berikutan jumlah sotong yang sedikit kerana ia mampu membawa lebih dua tan metrik sotong dalam satu-satu masa.

“Bot ini akan berada di laut lebih dua minggu untuk membeli sotong daripada bot tempatan. Mereka ini akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk membeli sotong.

“Bot dan hasil laut itu dianggarkan bernilai lebih RM1 juta. Bot kargo dan kru kita tahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Perkapalan Saudagar 1952,” katanya. #sumber


Thus Article Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan

Itulah artikel Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/maritim-malaysia-rampas-bot-dan-sotong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Maritim Malaysia Rampas Bot Dan Sotong 500 kg Bernilai RM1 Juta Di Pekan"

Catat Ulasan

Loading...