Loading...

Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula

Loading...
Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula
link : Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula

Baca juga


Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani yang digantung tauliahnya sebelum in, diberi kebenaran semula untuk terus mengajar di negeri itu.
 
Dalam surat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Ahmad Dusuki, beliau dibenarkan untuk mengajar agama Islam atau apa-apa mengenai agama Islam di Selangor seperti yang ditetapkan bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran agama Islam 2003 pindaan 2015.
 
Namun Ahmad Dusuki diingatkan untuk mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh membawa kepada 'taasub' dan kebencian secara langsung atau tidak langsung yang melibatkan umat Islam.
 
"Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor yang bersidang pada 10 April telah memutuskan bahawa tuan (Ahmad Dusuki) dibenarkan untuk terus memegang tauliah mengajar agama Islam atau apa-apa mengenai agama Islam di dalam negeri Selangor.
 
"Bagaimanapun tuan adalah diingatkan agar sentiasa mengelakkan diri dari membuat sebarang pengataan yang boleh membawa kepada ‘taasub’ dan ‘kebencian’ secara langsung atau tidak langsung melibatkan sesama umat Islam seperti dinyatakan di Para 17 (c), (d) dan Para 23 Peraturan-peratuan tauliah negeri Selangor 2008," menurut surat itu.
 
Surat berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Mais Mohd Shahzihan Ahmad.
 
Surat itu turut dikongsi Ahmad Dusuki di laman Facebooknya.
 
Penggantungan Ahmad Dusuki itu dibuat Mais susulan daripada bacaan doanya, pada Program Munajat dan Ceramah Pas Selangor pada Sabtu lalu di Shah Alam yang dianggap mengundang kontroversi daripada banyak pihak.
 
Terdahulu media melaporkan doa kontroversi Ahmad Dusuki yang antara lain disebut dalam doanya: “Kami memohon untuk mengadu pada kamu ya Allah betapa lamanya bumi Selangor ini dijajah dengan suasana yang tidak cara agama ya Allah”.
 
Sementara itu, selepas menerima surat berkenaan, Ahmad Dusuki kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada orang ramai melalui Facebook Live bagi mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Mais.
 
Ahmad Dusuki turut menjelaskan mengenai tindakannya yang berdiam diri selepas menerima surat daripada Mais berhubung penggantungannya.
 
Jelasnya, beliau mengambil pendekatan untuk bertemu dengan pihak jabatan agama Islam bagi mendapat penjelasan serta memberitahu perkara sebenar berhubung doanya itu.
 
"Bila dipanggil dan diserahkan tentang surat penggantungan tauliah dan sebab digantung, antara isunya kerana disebabkan laporan yang dilakukan beberapa individu di kalangan ustaz terhadap doa yang saya baca di bumi Selangor ini.
 
"Isunya kerana saya telah buat kesilapan dalam saya berdoa, saya sendiri telah menterjemah doa yang diadaptasi dari qunut Nazilah yang bila diterjemah kemudian difahami dengan tak betul di kalangan media terutama media yang mengambil kesempatan menghentam dan mencari jalan untuk memusnahkan yang disebut kekuatan kita bersama ini.
 
"Bila jumpa saya telah terangkan pada mereka kenapa keadaan saya baca doa (itu) dan sebagainya. Saya sebut kerana (ia) berdasarkan kepada suasana yang berlaku di kalangan masyarakat Islam pada hari ini.
 
"Saya jelas panjang lebar pada mereka," kata Ahmad Dusuki yang dipetik daripada rakaman video Live berkenaan.
 
 


Thus Article Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula

Itulah artikel Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/mais-benar-ahmad-dusuki-mengajar-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mais benar Ahmad Dusuki mengajar semula"

Catat Ulasan

Loading...