Loading...

Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000

Loading...
Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000
link : Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000

Baca juga


Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000




KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah membuat pinjaman RM500,000 daripada ah long untuk menyelesaikan bayaran rumah dibeli secara tunai menerusi Public Bank bernilai RM1.2 juta.

Adam Rosly, 31, berkata beliau bertindak demikian kerana tidak dapat membuat pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah banglo 2 setengah tingkat yang separa siap di Kampung Melayu Ampang pada Jun 2016.

“Saya dapat maklumat berkenaan ah long daripada rakan iaitu Hassan. Saya tanya ada tak tempat untuk pinjam wang supaya deposit pembelian rumah sebanyak RM120,000 tidak ‘burn’.

“Selepas mendapat wang berkenaan, saya perlu membuat bayaran balik kepada ah long dalam tempoh ditetapkan iaitu dibayar setiap minggu dan dimasukkan ke beberapa akaun berlainan secara tunai. Jumlahnya tertakluk kepada persetujuan ah long terlibat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Sulaiman Ismail pada hari pertama prosiding membela diri.

Adam Rosly didakwa dengan 6 pertuduhan memberi pernyataan palsu dan mengemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan berhubung dakwaan kemewahan luar biasa dimilikinya pada 2017.

Selain membuat pinjaman dengan ah long, Adam Rosly juga mengaku membuat pinjaman sebanyak RM180,000 daripada ibu mertua dan neneknya bagi menyelesaikan bayaran pembelian rumah banglo 2 setengah tingkat itu.

“Saya juga menjual 2 kereta iaitu kereta milik saya dan kereta milik isteri. Hasil jualan kereta itu saya peroleh RM250,000 manakala baki perlu dibayar kepada bank, saya peroleh menerusi pendapatan saya hasil daripada perniagaan secara langsung dan perniagaan tidak langsung,” katanya.

Beliau menjelaskan perniagaan secara langsung ialah perniagaan jual beli kereta sambung bayar di syarikatnya iaitu Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dan perniagaan tidak langsung adalah keuntungan daripada pemberian bantuan modal kepada rakan-rakannya untuk menjalankan perniagaan.

“Saya juga memperoleh pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan sebagai Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya, Ampang,” katanya.

Beliau menjelaskan dengan sumber kewangan diperoleh itu, beliau berjaya menyelesaikan bayaran rumah berkenaan pada 13 Feb 2017.

Mengikut pertuduhan pertama dan ke-2, Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada 2 pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mertua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.

Bagi pertuduhan ke-3 sehingga ke-6, lelaki itu dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta sama.

Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 9.00 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Februari 2017, dan antara 9.00 pagi dan 2.00 petang, 22 Februari tahun sama.

Kesemua pertuduhan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib.

Perbicaraan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail bersambung esok.



Thus Article Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000

Itulah artikel Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/mahu-bayar-rumah-adam-rosly-mengaku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahu bayar rumah, Adam Rosly mengaku pinjam ah long RM500,000"

Catat Ulasan

Loading...