Loading...
Tajuk : Lee Chong Wei raih emas Sukan Komanwel 2018
link : Lee Chong Wei raih emas Sukan Komanwel 2018
Lee Chong Wei raih emas Sukan Komanwel 2018
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih emas acara individu lelaki Sukan Komanwel 2018, sebentar tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Carrara, Gold Coast tadi, dia mengalahkan pemain no. 1 dunia dari India, Srikanth Kitambi, 19-21, 21-14, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 61 minit.
Selepas tewas di tangan lawan sama sewaktu beraksi dalam saingan berpasukan campuran, Chong Wei turun dengan misi untuk membalas dendam, selain mahu menyamai rekod Koo Kien Keat meraih emas kelima di pentas Komanwel.
Bagaimanapun, aksi sengit dalam set pertama membuktikan kekuatan fizikal yang dimiliki Srikanth menjadi pemisah apabila menundukkan pemain nombor satu negara itu 21-19.
Tersentak dengan kekalahan itu, Chong Wei memperkemaskan permainan untuk mendahului 5-0 di awal set kedua, sebelum Srikanth bangkit untuk menjadikan kedudukan 7-5.
Aksi yang konsisten sambil mengurangkan kesilapan mudah membolehkan Chong Wei terus meraih mata demi mata untuk mengheret pemain nombor satu dunia itu ke set penentuan, selepas menang 21-14 dalam tempoh 21 minit.
Bersambung ke set ketiga, Chong Wei bermula dengan langkah kanan, apabila berada di depan dengan mata 7-1, sebelum menjarakkan pendahuluan kepada 16-8.
Pemain berusia 35 tahun itu mengesahkan kutipan emas keenam buat Malaysia apabila menamatkan set penentuan 21-14, sekali gus melengkapkan emas kelima peribadi dalam saingan Komanwel.
"Saya tidak begitu memikirkannya kerana ini adalah penampilan terakhir di Komanwel, jadi saya mempertaruhkan segalanya. Lawan adalah pemain nombor satu dunia, sukar dikalahkan dan saya tewas di tangannya dalam acara berpasukan.
"Untuk bangkit, saya memerlukan mental yang sangat kuat, terutamanya selepas tewas di set pertama. Saya tidak berputus asa dan terus cuba.
Thus Article Lee Chong Wei raih emas Sukan Komanwel 2018
Itulah artikel Lee Chong Wei raih emas Sukan Komanwel 2018 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Lee Chong Wei raih emas Sukan Komanwel 2018 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/lee-chong-wei-raih-emas-sukan-komanwel.html
0 Response to "Lee Chong Wei raih emas Sukan Komanwel 2018"
Catat Ulasan