Loading...

Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M

Loading...
Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M
link : Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M

Baca juga


Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M






PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) akan mendesak individu yang terlibat dengan kehilangan wang 1MDB supaya mengembalikan dana rakyat itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.

“Sejak 2013 tidak ada audit 1MDB, tapi duit itu ada di Amerika Syarikat, Singapura, ada di Switzerland, duit itu kita boleh mintak balik.

“Tapi sebahagian duit itu ada pada Datuk Seri Najib Razak, ada pada Datuk Seri Rosmah Mansor, ada pada Jho Low, ada pada Riza Aziz, orang ini kita akan ‘perah’ sehingga keluar duit,” kata Dr Mahathir kepada Forum Cabaran Ekonomi Anak Muda di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Bekas perdana menteri itu ditanya tentang bagaimana Pakatan Harapan mengurangkan hutang kerajaan jika diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.

Najib sebelum ini menegaskan walaupuan siasatan demi siasatan dijalankan ke atas 1MDB, ia hanya membuktikan satu perkara, iaitu dia tidak bersalah.

Siasatan melibatkan banyak pihak, termasuk Bank Negara, polis, audit negara, serta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang turut dianggotai oleh wakil rakyat pembangkang.

Najib berkata isu 1MDB dieksploitasi untuk tujuan politik dan terdapat “kempen bersepadu” untuk mensabotaj ekonomi negara.

Jalan raya lebih baik dari ECRL

Sementara itu, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak memerlukan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor ke Pengkalan Kubor, Kelantan.
ECRL dijangka menelan kos RM65 bilion.

“Perjalanan dari Kota Baru ke Klang ambil masa 14 jam. Siapa mahu habiskan masa 14 jam sedangkan khidmat kapal terbang tambang murah lebih cepat dan murah? Ia hanya ambil masa 30 minit,” kata beliau.

Dr Mahathir berpendapat meningkatkan mutu sistem jalan raya yang menghubungkan pantai timur dan pantai barat Tanah Melayu langkah yang lebih baik.

“Perlu dibuat kajian kebolehlaksanaan. Kita buat sikit-sikit mengikut keperluan penduduk tempatan. Ikut kemampuan,” katanya.

Mahathir berkata kerajaan PH akan mengkaji semula beberapa projek besar seperti kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura.
1MDB paling disiasat tapi terbukti saya tak bersalah, kata Najib



Thus Article Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M

Itulah artikel Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/kita-akan-perah-wang-1mdb-daripada-jho.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kita akan ‘perah’ wang 1MDB daripada Jho Low, kata Dr M"

Catat Ulasan

Loading...