Loading...

"Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon

Loading...
"Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon
link : "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon

Baca juga


"Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon


PASIR SALAK: Seorang lagi Ketua Cabang PKR menegur Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke­rana didakwa mengkhianati kepercayaan akar umbi dalam soal pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila meletakkan calon nomad yang tidak pernah menabur khid­mat bakti di sesuatu kawasan.

Ketua Cabang PKR Pasir Salak, Noor Az­wan Ramli berkata, pemilihan tidak realistik, sangat tidak adil serta jauh menyimpang daripada semangat reformasi yang bukan sahaja akan mero­sakkan parti, malah memperlihatkan sikap Wan Azi­zah yang degil dan kemaruk kuasa.


Menurutnya, Wan Azizah jelas tidak memahami hasrat akar umbi, jus­teru tindakannya­ yang langsung tidak membuka ruang per­bincangan di peringkat cabang amat salah khususnya kepada se­mua ahli parti yang telah bertungkus-lumus menaik­kan na­ma PKR di merata tempat.

“Jika cabang-ca­bang­ PKR di seluruh Malaysia sudah tidak lagi bernilai di mata Presiden PKR dalam soal pemilihan calon, maka sewajarnya dibubarkan sahaja segala bentuk sistem organisasi yang telah diwujudkan.

“Tindakan Presiden PKR ini telah menghina setiap ahli parti di seluruh Malaysia. Politik murahan seperti ini tidak sepatutnya diamalkan oleh mana-mana kepe­mimpinan gabungan pem­bangkang PKR,” ka­tanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR Pasir Salak dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Azwan berkata, kelemahan dan keangkuhan kepemimpinan peringkat Pusat juga terserlah apabila langsung tidak mengkaji populariti calon dalam kalangan masyarakat setempat.

Sehubungan itu jelasnya, tin­dakan bersifat diktator oleh Wan Azizah dengan meletakkan nama-nama calon pi­lihannya sen­diri menunjukkan seolah-olah demokrasi telah mati dalam PKR.

“Segala masa, te­naga dan wang ringgit yang saya berikan kepada parti ini se­perti sia-sia sahaja. Apabila tiba masa­nya, segala yang dikorbankan serta sokongan oleh akar umbi telah ‘ditongsampahkan’ oleh pemim­pin berhati batu.

“Sedarlah Datin Seri Presiden bahawa ini bukanlah cara politik yang telah diajarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kami. Presiden PKR telah mengkhianati aspirasi dan semangat reformis Penasihat PKR yang kami hormati,” katanya. #sumber


Thus Article "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon

Itulah artikel "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel "Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/ketua-cabang-pkr-pasir-salak-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Ketua Cabang" PKR Pasir Salak Dakwa Azizah Khianat Soal Pilih Calon"

Catat Ulasan

Loading...