Loading...

Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !

Loading...
Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !
link : Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !

Baca juga


Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !


KUALA LUMPUR: “Hari ini bilangan umat Islam adalah sebanyak 63 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Malaysia. Saban hari, kita dapat lihat kedudukan umat Islam semakin terhakis,” kata Timbalan Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzzaman Mohamad.

Kata beliau, ia berlaku kerana umat Islam yang sepatutnya menjadi kuasa penting di Malaysia kian hilang dan diambil alih oleh bangsa lain dari semasa ke semasa.

Malah, katanya perpecahan umat Islam yang berlaku pada hari ini telah menyebabkan kekuatan umat Islam itu menjadi lemah.

Maka, tegasnya lebih 300 NGO mengambil keputusan untuk mewujudkan suatu wadah penting untuk menggabungkan seluruh kekuatan umat Islam di bumi Malaysia dengan menubuhkan UMMAH pada Mei 2017.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Meja Bulat NGO Islam Bentong yang berlangsung di Dewan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong malam tadi.

Kamaruzzaman turut menyentuh mengenai isu kemasukan pelajar ke universiti.

Sebelum ini, katanya kemasukan pelajar ke universiti adalah mengikut sistem kuota iaitu bergantung kepada jumlah orang Melayu Islam, Cina dan India berdasarkan nisbah jumlah penduduk.

Malangnya, kata beliau sistem itu sudah dihapuskan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir (bekas Perdana Menteri) dan sistem meritokrasi telah diperkenalkan.

“Sistem meritokrasi ialah sistem kemasukan ke universiti yang berasaskan kepada pencapaian dalam peperiksaan dan tidak adil untuk rakyat,” ujar beliau.

Hal ini, katanya adalah kerana orang Melayu Bumiputera lebih ramai tinggal di kawasan pedalaman berbanding dengan orang Cina dan sebahagian orang India yang tinggal di bandar dan pinggir bandar.

Maka, ujarnya golongan penduduk di bandar dan pinggir bandar adalah majoriti kalangan orang bukan Islam dan mereka lebih layak dan lebih ramai memasuki ke universiti kerana keputusan peperiksaan mereka lebih baik.

"Kemudahan dan kualiti guru yang mereka terima adalah jauh lebih baik berbanding golongan miskin yang tinggal di luar bandar," katanya.

Hasilnya, kata Kamaruzzaman, hari ini kemasukan golongan Melayu Bumiputera dalam bidang profesional jauh lebih rendah berbanding dengan bangsa-bangsa lain.

"Ini berlaku kerana suara umat Islam tidak didengar oleh pihak yang berwajib," ujar beliau. #sumber


Thus Article Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !

Itulah artikel Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/kamaruzzaman-kedudukan-umat-islam-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !"

Catat Ulasan

Loading...