Loading...

"Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang !

Loading...
"Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : "Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang !
link : "Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang !

Baca juga


"Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang !


KUALA KRAU: Seramai 2,161 peneroka Felda Wilayah Jengka di sini menerima insentif peneroka sifar hutang sebanyak RM10.8 juta sekali gus membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji membantu golongan itu dan bukan retorik semata-mata.

Mereka adalah dari 37 rancang­an Felda yang menerima insentif sebanyak RM5,000 seorang.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Ab. Malib Ab. Rani berkata, mereka merupakan antara kira-kira 7,000 peneroka di seluruh negara yang sifar hutang setelah menjelaskan pelbagai jenis hutang dengan agensi pelaksana Felda.

Bagi tujuan itu, katanya, Felda memperuntukkan sebanyak RM35 juta bagi membayar insentif tunai sebanyak RM5,000 kepada setiap peneroka terbabit di seluruh negara.

“Inilah bukti janji Perdana Menteri bukan retorik atau janji palsu sebagai penghargaan Felda kepada peneroka yang sudah bebas daripada hutang.

“Secara relatifnya, peneroka berhutang kos pembangunan tanam semula dengan Felda dan hutang lain seperti skim pinjaman pembesaran rumah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Insentif Peneroka Sifar Hutang Pembangunan dan Tanam Semu­la Felda Wilayah Jengka di Dewan Bakti Felda Seri Pagi Jengka 17, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail.

Yang turut hadir, Ketua Pene­roka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar; Pengerusi Gabungan Gerakan Wanita (GPW) Wilayah Jengka, Zariah Harun dan Ketua Peneroka Felda Jengka 17, Yusof Arshad. #sumber




Thus Article "Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang !

Itulah artikel "Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel "Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/janji-di-kotakan-2161-peneroka-wilayah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Janji Di Kotakan", 2,161 Peneroka Wilayah Jengka Menerima Insentif Sifar Hutang !"

Catat Ulasan

Loading...