Loading...

Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM

Loading...
Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM
link : Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM

Baca juga


Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM

MALAYSIAKINI



Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik sebuah badan pemerhati yang didakwa tidak mempunyai pengalaman dalam memantau pilihan raya.

Nurul Izzah berkata, Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC) turut mempunyai kaitan dengan sebuah badan yang dibiayai kerajaan Malaysia, Cambridge Malaysian Education Development Trust (CMEDT).

Malah katanya, perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak merupakan salah seorang ahli lembaga pemegang amanah dalam CMEDT.

"MCSC yang berpusat di Cambridge, United Kingdom terbukti tidak berkemahiran dalam pemantauan pilihan raya dan hanya bertindak sebagai penganjur persidangan tahunan demokrasi dan pilihan raya.

"Malah, salah satu ahli lembaga pemegang amanah CMEDT ialah PM Najib Abdul Razak. Turut menjadi persoalan, apakah kepentingan ahli jawatankuasa eksekutif MCSC yang juga merupakan ahli pemegang amanah bagi CMEDT?" soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memetik laporan Suruhanjaya Kebajikan U.K. menyatakan bahawa MCSC bekerjasama dengan CMEDT dan pernah menerima suntikan dana daripada kerajaan Malaysia sebelum ini.

"Bukankah ini satu lagi bukti bahawa adanya pihak berkepentingan dalam organisasi berkenaan, lalu bakal menjejaskan proses pilihan raya negara yang kian meruncing menjelang PRU14?," soalnya.

Justeru, naib presiden PKR itu mendesak supaya pengerusi SPR segera mendedahkan butiran sebenar mengenai MCSC.

"Tan Sri Mohd Hashim Abdullah wajib tampil menjawab secepat mungkin kerana isu ini membabitkan unsur penipuan, konflik kepentingan individu dan masa depan negara.

"Sebarang usaha untuk berdolak-dalik atau menolak soalan tentunya menampakkan ada perkara yang cuba disorok daripada pengetahuan rakyat Malaysia," katanya.

Jelasnya isu itu juga melibatkan soal ketelusan SPR dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan sah dan bersih.

"SPR perlu memulangkan semula hak dan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya negara yang kian tenat di bawah kawalan Barisan Nasional," katanya.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi pihak SPR bagi mendapatkan maklum balas mereka.



Thus Article Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM

Itulah artikel Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/izzah-spr-lantik-badan-pemerhati-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Izzah: SPR lantik badan pemerhati ada kaitan dengan PM"

Catat Ulasan

Loading...