Loading...
Tajuk : IKATAN sah tanding satu kerusi Parlimen, dua DUN di Selangor
link : IKATAN sah tanding satu kerusi Parlimen, dua DUN di Selangor
IKATAN sah tanding satu kerusi Parlimen, dua DUN di Selangor
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengesahkan hanya akan bertanding di satu kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Bekas menteri itu ketika dihubungi Antarapos memaklumkan antara kerusi yang telah disahkan adalah Parlimen Selayang dan DUN Subang Jaya.
"Setahu saya, kita tanding di Parlimen Selayang, satu lagi kerusi negeri Subang Jaya, Pandaraman. Kadang-kadang mereka ada saat akhir perubahan dengan ketua negeri.
"Yang saya pasti, Subang Jaya dengan Selayang. Kerusi negeri Subang Jaya," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Menjelang PRU14 ini, IKATAN yang menganggotai blok politik bersama PAS menerusi Gagasan Sejahtera (GAGASAN) sebelum ini menyasarkan untuk bertanding dua kerusi di Selangor.
PAS yang mengumumkan barisan calon yang bertanding pada PRU14 secara serentak semalam memberitahu, bakal mempertaruhkan calon dari IKATAN 'bertempur' menghadapi Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi.
Dr Mahathir yang baru-baru ini mengumumkan akan bertanding di Langkawi dijangka bakal berhadapan dengan penyandang Barisan Nasional (BN), Datuk Nawawi Ahmad yang menang dengan majoriti 11,861 undi pada 2013.
Walau bagaimanapun kata Abdul Kadir, IKATAN sudah lama menolak untuk tidak bertanding kerusi Parlimen berkenaan meskipun ditawarkan PAS.
"Kedah kita diberi kerusi Langkawi, tapi kita lama dah bagi tahu kita tak bersedia. Kita tolak kerusi itu.
"Tapi kita minta beberapa kerusi negeri di Kedah, tapi dengar kata itu semua dah diisi oleh calon-calon PAS, jadi kita tidak bertanding di Kedah," katanya.
IKATAN dan PAS mencipta 'sejarah' apabila mengumumkan penggabungan untuk membentuk blok politik ketiga pada 16 Mac lalu.
Gandingan antara parti berbilang kaum dengan parti berlandaskan perjuangan Islam itu bertujuan menggerakkan perubahan ke arah membina Malaysia yang sejahtera berlandaskan politik yang matang.
Bekas ahli Parlimen yang pernah mewakili Kulim-Bandar Baharu selama 7 penggal itu dan memegang jawatan dalam Kabinet pimpinan Dr Mahathir serta penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, juga memaklumkan tidak akan bertanding pada PRU kali ini.
Thus Article IKATAN sah tanding satu kerusi Parlimen, dua DUN di Selangor
Itulah artikel IKATAN sah tanding satu kerusi Parlimen, dua DUN di Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel IKATAN sah tanding satu kerusi Parlimen, dua DUN di Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/ikatan-sah-tanding-satu-kerusi-parlimen.html
0 Response to "IKATAN sah tanding satu kerusi Parlimen, dua DUN di Selangor"
Catat Ulasan