Loading...

Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera

Loading...
Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera
link : Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera

Baca juga


Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera


PUTRAJAYA: Gagasan Sejahtera menegaskan tidak akan berlaku perebutan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti yang berlaku kepada gabungan pembangkang PKR.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, pihaknya telah bersetuju untuk mengagihkan 160 kerusi menerusi pembincangan antara parti-parti dalam Gagasan Sejahtera.

"Tidak akan berlaku bercakaran seperti mereka, kita tidak ada kuku (bercakaran).

"Malah Gagasan Sejahtera yang dianggotai Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) bersetuju menggunakan satu logo sahaja iaitu Pas dalam PRU-14," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di sini.

Turut hadir sama, Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Berjasa, Abd. Kadir Mamat.

Pada masa sama, Abdul Hadi selaku Presiden Pas berkata, pihaknya akan meletakkan calon Pas untuk kerusi Parlimen Langkawi.

Beliau berkata, beliau menghormati keputusan Abdul Kadir yang tidak bersedia untuk bertanding dalam PRU-14.

Sebelum ini, Pas menamakan Abdul Kadir untuk kerusi Parlimen Langkawi kepada Ikatan, sebaliknya Presiden Ikatan itu menolak tawaran berkenaan.

Selain itu, Abdul Hadi memaklumkan Gagasan Sejahtera menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen dalam pilihan raya kali ini sekali gus boleh membentuk Kerajaan Persekutuan.

Katanya, Pas mewujudkan Gagasan Sejahtera kerana berdasarkan pengalaman kerjasama politik sebelum ini bersama PKR dan DAP.

"Ini telah membuka ruang kepada kami mewujudkan Gagasan Sejahtera yang kini mengamalkan amalan politik matang dan sejahtera.

"Malah walaupun sebelum ini ketika kerajaan campuran di Perak apabila Menteri Besar dilantik daripada Pas, tetapi yang mendominasi adalah DAP," katanya. #sumber



Thus Article Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera

Itulah artikel Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/hadi-tegaskan-tak-akan-berlaku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera"

Catat Ulasan

Loading...