Loading...

Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor

Loading...
Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor
link : Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor

Baca juga


Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor





Selepas Pengerusi DAP Perak, David Nga Kor Ming tidak mahu meninggalkan negeri kelahirannya, seorang lagi tokoh DAP, Gobind Singh Deo enggan berpindah dari Parlimennya, Puchong, Selangor ke salah satu Parlimen Johor.

Sebelum ini Gobind yang juga Timbalan Pengerusi DAP Selangor dilaporkan bakal bertanding di Parlimen Labis bagi berdepan dengan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Selain Parlimen Labis, Gobind turut dirancang bakal bertanding di Parlimen Kulai yang sebelum ini dimenangi tokoh evangelis DAP, Teo Nie Ching.

Teo bakal berpindah ke Parlimen Kluang, selepas penyandangnya Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor berpindah ke Parlimen Ayer Itam untuk berdepan dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Seorang lagi evangelis, Wong Shu Qi yang juga ADUN Senai dijangka bakal bertanding di Parlimen Labis atau Parlimen Kulai yang ditinggalkan Teo.

Portal pro DAP, Malaysiakini melaporkan ketidakhadiran Gobind dalam majlis pusat operasi Pakatan Harapan di Kulai mengesahkan beliau bukan calon Parlimen berkenaan.

Dilaporkan jika Gobind sedia meninggalkan Parlimen Puchong, tempatnya bakal diganti sama ada ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh (evangelis) atau ADUN Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Seorang sumber berkata Yeoh adalah pilihan terbaik kerana pengalamannya selama lima tahun sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor melayakkan beliau menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

Difahamkan DAP bercadang untuk menukar Raub dengan Johor Baru, kawasan Parlimen yang sebelum ini ditandingi calon PKR.

DAP berminat untuk bertanding Di Johor Baharu bagi membolehkan supremo parti Lim Kit Siang mencabar penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad, yang telah memegang kerusi itu sejak tahun 1978.

Bagaimanapun, PKR masih belum membuat sebarang keputusan.



Thus Article Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor

Itulah artikel Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/gobind-singh-deo-takut-kalah-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gobind Singh Deo Takut Kalah Jika Pindah Ke Johor"

Catat Ulasan

Loading...